Sindiket penyeludupan manusia guna tonto halang polis

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 1:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sindiket penyeludupan manusia guna tonto halang polis

Polis Kelantan ambil tindakan tegas bawah ATIPSOM 2007 dan Kanun Keseksaan susulan sindiket penyeludupan manusia semakin berani halang kenderaan pihak berkuasa.

KOTA BHARU: Polis tidak akan berkompromi dengan sindiket penyeludupan manusia yang semakin berani menggunakan tonto untuk menghalang kenderaan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata keberanian sindiket itu terserlah apabila dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilanggar ketika menjalankan tugas baru-baru ini.

“Jadi, isu penyeludupan manusia ni memang seriuslah. Mereka sanggup langgar anggota PGA dan merupakan tindakan biadab serta tidak sepatutnya berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia, termasuk mereka yang berani menghalang kenderaan pihak berkuasa.

“Jadi, kita akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana penyeludup, dari sudut apa pun. Jadi sekarang ni nampak macam penyeludupan manusia ini banyak menggunakan laluan laut dan sebagainya, masuk ke sungai-sungai di Pantai Kelantan dan sebagainya. Jadi, kita takkan berkompromi dengan mereka ni,” katanya.

Beliau berkata tindakan terhadap pihak terbabit bukan sahaja diambil mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), malah turut menggunakan Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata semua anggota yang bertugas di lapangan, khususnya PGA dan pasukan petugas khas IPK Kelantan, perlu sentiasa berhati-hati ketika menjalankan operasi.

“Saya nasihatkan kepada semua anggota yang bertugas di lapangan tu, terutamanya PGA dan juga task force saya, IPK Kelantan untuk berwaspada dan ambil tindakan yang sepatutnya berlandaskan undang-undang,” katanya.

Pada 15 Ogos lepas, seorang tekong darat yang membawa enam wanita pendatang tanpa izin warga Myanmar bertindak agresif apabila melanggar dua anggota PGA ketika pemeriksaan dilakukan sebelum ditahan di Kampung Chat Palekbang, Tumpat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved