Tekong darat rempuh anggota PGA berdepan tindakan bawah SOSMA, Seksyen 186

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 1:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tekong darat rempuh anggota PGA berdepan tindakan bawah SOSMA, Seksyen 186

KOTA BHARU: Seorang tekong darat yang bertindak merempuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa mematahkan kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) akan berdepan tindakan mengikut Seksyen 26J Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah tegas terhadap kegiatan penyeludupan yang semakin berani bertindak terhadap anggota penguat kuasa.

Katanya, kegiatan penyeludupan PATI di negeri ini serius apabila sindiket banyak menggunakan laluan laut untuk membawa masuk warga asing.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan ini termasuk tonto-tonto mereka yang berindak agresif menghalang kenderaan pasukan penguatkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aktiviti Riadah Bermotosikal dan Sumbangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Sambutan Hari Polis dan Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-69, di sini, hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, polis akan terus mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar penguat kuasa atau mengganggu tugas pasukan berkenaan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, dua anggota PGA cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Myanmar dalam kejadian di Kampung Chat, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota berpangkat Lans Koperal dikenali sebagai Amir, 34, nyaris digilis apabila kereta terbabit mengundur dengan lajut selepas ditahan.

Amir berkata semasa kejadian dia bersama rakannya, Zaidi, 29, sedang melakukan rondaan rutin sebelum terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.-UTUSAN

The post Tekong darat rempuh anggota PGA berdepan tindakan bawah SOSMA, Seksyen 186 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved