Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo

10 Jul 2024 • 3:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

JKDM Sarawak rampas 60.67kg syabu

Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak hari ini mendedahkan cubaan sindiket menjadikan Sarawak sebagai hab pengedaran dadah di Borneo susulan beberapa rampasan dadah dalam jumlah besar baru-baru ini.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata, pihaknya merampas 60.67kg syabu bernilai RM1.9 juta dalam serbuan di sebuah syarikat kargo di Kuching pada Khamis lepas.

image is not available
Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo

Dadah berkenaan disembunyikan dalam 60 paket bercetak ‘Guan Yi Wang’ di dalam 10 kotak kiriman kargo udara dari Kuala Lumpur.

“Ini adalah rampasan dadah terbesar JKDM Sarawak tahun ini,” kata Norizan pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ialah menggunakan perkhidmatan kargo udara untuk mengangkut dadah dari Semenanjung ke Sarawak sebelum diseludup ke Indonesia.

image is not available

“Siasatan awal mendapati dua lelaki tempatan berusia 20-an ditahan dan direman selama empat hari,” katanya.

Norizan turut mengingatkan orang ramai supaya membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat menerusi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau terus ke pejabat JKDM terdekat.

“Identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: