
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Penyu merupakan antara haiwan yang terancam dan dilindungi di Malaysia, ia merupakan Khazanah negara yang tidak ternilai harganya sehingga menjadi kebanggaan sejak sekian lama.
Bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia sedang berusaha melindungi pelbagai hidupan laut lain selain penyu daripada pupus akibat pencemaran angkara manusia.
Antara usaha yang dilakukan secara globalisasi adalah dengan mengurangkan penggunaan plastik termasuk menukar penyedut minuman kepada jenis lain.
Straw plastik bukan ancaman utama kepupusan penyu
Pun begitu, seorang influencer dan guru tusyen dikenali sebagai Sir Iqbal Ahyar menjelaskan bahawa penyedut minuman plastik atau dalam bahasa Inggerisnya ‘straw’ bukanlah ancaman utama kepada kepupusan penyu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Iqbal menerangkan tentang perkara itu selepas meluahkan penyedut minuman kertas bukanlah idea bernas.
Dalam video itu, kelihatan straw kertas yang digunakan Iqbal sukar dicucuk ke dalam cawan minumannya kerana terlalu lembik dan mudah hancur.
Penyu betina lebih banyak dari penyu jantan antara punca kepupusan
Menurutnya, antara punca yang boleh menyebabkan kepupusan penyu adalah suhu di dunia yang semakin panas.
Jelas Iqbal, penyu bertelur di dalam tanah dan suhu tanah akan menentukan jantina reptilia terbabit.
Sekiranya suhu di tanah sejuk, maka penyu jantan yang akan terhasil sementara suhu panas pula akan menyebabkan penyu betina yang menetas.
“Masalahnya dekat luar sana itu ratio jantan kepada betinanya tinggi sangat, sebab suhu dunia semakin panas,” katanya.
Penyedut plastik kurang daripada 1% di lautan
Dakwa Iqbal, penyedut minuman plastik hanya kurang daripada 1% sahaja yang berada di lautan.
Manakala 46% adalah disebabkan jala-jala untuk menangkap ikan oleh syarikat-syarikat besar yang dibiarkan di lautan selepas mengalami masalah tersangkut dan sebagainya.
“Straw yang dipersalahkan, akhirnya kita yang seksa guna straw kertas macam ini,” katanya lagi.
Apa yang ingin disampaikan Iqbal, menghentikan penggunaan penyedut minuman plastik bukanlah sesuatu yang tidak bagus, sebaliknya menggantikannya dengan straw kertas bukanlah penyelesaian yang terbaik.
straw penyu 🤡 it’s a distraction so the population feels like doing a good action while corporate continues to plunder our nation.
Kajian FRI dapati ‘pukat malas’ penyebab utama kematian penyu di Terengganu
Memetik laporan Berita Harian pada 17 Februari 2022 lalu, kajian yang dilakukan oleh Institusi Penyelidikan Perikanan (FRI) mendapati penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai ‘pukat malas’ oleh nelayan berhampiran kawasan pendaratan penyu merupakan penyebab utama kematian reptilia itu di Terengganu.
Berdasarkan kajian FRI, 45% kematian penyu yang direkodkan setakat ini disebabkan tersangkut pada pukat pari, manakala 38% akibat terperangkap dalam pukat tunda.
Perkongsian Iqbal itu nyata menarik perhatian netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikongsikannya.
Ada yang berpendapat penggunaan straw kertas tidak membantu proses pemeliharaan alam memandangkan kertas juga diperbuat daripada pokok.
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kenapa masih terdapat longgokkan sampah di pantai walhal itu adalah isu utama yang harus ditangani.
Trump pun tak suka straw kertas, nak AS guna penyedut minuman plastik semula
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga mencuri tumpuan dunia apabila mahu beralih semula dengan menggunakan penyedut minuman plastik.
Trump telah menandatangani satu perintah eksekutif yang membatalkan usaha kerajaan untuk menggunakan penyedut kertas sepenuhnya.
Menurutnya, penyedut kertas tidak berfungsi dan disifatkannya sebagai sesuatu yang ‘menjijikkan’ apabila ia hancur atau lerai di dalam mulut pengguna.
Susulan itu, beliau mengarahkan agensi kerajaan supaya menghentikan pembelian penyedut kertas dan merangka strategi untuk menghapuskannya di seluruh negara.
Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tidak Berfungsi” – Trump Tak Suka Penyedut Kertas, Desak AS Guna Semula Straw Plastik
Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen:






![“Ceruk Mana Dia Bawak” – Deretan Kereta Redah Hutan Gara-Gara Ikut Waze Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
![“Rumah Kembali Sunyi & Tak Meriah Lagi” – Ramai Akui Rasa Sayu ‘Life After Lebaran’ [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)