Tampil Dengan Tema ‘For Every You’, Grab Perkenal Ciri Baharu Di Acara Sulung GrabX

LocalTechnology
8 Apr 2025 • 2:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Perkhidmatan e-hailing dan juga penghantaran makanan merupakan salah satu kemudahan yang banyak membantu urusan harian orang ramai.

Antara syarikat yang sentiasa menjadi pilihan utama sudah tentunya Grab. Ini kerana, ia bukan sahaja mesra pelanggan bahkan memberi pelbagai jenis pilihan dalam pembelian seperti barangan basah, perubatan dan sebagainya.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ramai yang menjadikan Grab sebagai aplikasi pilihan bagi memudahkan urusan.

Grab perkenal inovasi baharu

Hari ini (8 April), Grab telah memperkenalkan beberapa inovasi baharu bertema ‘For Every You’ (Untuk Setiap Dari Anda) sewaktu berlangsungnya acara pameran produk GrabX yang dianjurkan buat julung kalinya.

Grab memahami bahawa kehidupan datang dengan pelbagai perkara mahupun cabaran termasuklah pengguna.

Malah setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut perkara yang ditentukan di dalam hidup, keperluan yang berlainan dari masa ke semasa.

Pelancaran ini merupakan mercu tanda kepada syarikat untuk produk serta ciri terbaharunya yang akan memberikan perubaan dalam cara Grab berusaha untuk memenuhi keperluan harian pelanggannya.

Bukan hanya itu, syarikat ini juga telah mengkaji dengan lebih mendalam mengenai perkara yang penting untuk pelanggannya pada setiap hari.

Oleh itu, Grab mencipta kaedah baharu yang memanfaatkan skala dan kekuatan ekosistemnya dengan penggunaan AI terkini untuk pelanggan menemui, meneroka dan berhubung dengan dunia sekeliling.

“GrabX menunjukan komitmen kami untuk memanfaatkan teknologi terkini dalam mencari penyelesaian untuk menangani masalah serta memenuhi keperluan sebenar, untuk setiap individu pada setiap hari.

“Ciri berfalsafah ini kami gelar AI First with Heart yang meletakkan AI sebagai teras kepada cara kami bekerja termasuk perkara yang dibina tanpa pernah melupakan untuk siapa ia dibina.

“Memandangan orang di Asia Tenggara semakin beralih kepada penyelesaian digital untuk keperluan harian, kami mahu mengembangkan Grab dalam kehidupan harian pelanggan. Set produk baharu ini telah direka untuk ia dicapai, memupuk kepada pertumbuhan serta memperkuatkan hubungan kami dengan komuniti yang kami layani (serve),” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan pengasas bersama Grab, Anthony Tan.

Grab bantu menyelesaikan masalah dihadapi komuniti

Antara penyelesaian masalah yang diperkenalkan Grab untuk keluarga iaitu:

  • Remaja dan pesanan makanan untuk kuantiti besar untuk keluarga ‘anda’.
  • GrabFood untuk seorang atau Shared Saver untuk pesanan Solo ‘anda’.
  • Membuat tempahan awal untuk pengambilan di Lapangan Terbang.
  • Pas perjalanan Grab untuk mengembaraan ‘anda’.

Selain itu, Grab turut melancarkan Program Akses Awal Grab (Early Access Programme) baharu yang terbuka kepada semua pengguna awal.

Untuk makluman, setiap produk dan ciri sedang dalam kerja pembaikan kerana Grab sentiasa berusaha untuk menambaik baiknya buat pelanggan tanpa mengira sama ada ia sesuatu perkara besar mahupun kecil.

Maklum balas pengguna merupakan perkara yang paling penting dalam proses ini. Apa yang lebih menarik sebagai balasan kepada perkara itu, anda juga akan menjadi pengguna yang terawal menggunakan ciri baharu dari Grab.

Daftar untuk menjadi sebahagian dari program ini di sini.

#1 Untuk keluarga ‘Anda’

Keluarga sememangnya mempunyai tempat yang istimewa di hati setiap individu. Tidak kisahlah anda seorang penjaga mahupun individu yang menyara keluarga, Grab akan sentiasa membantu untuk menjaga insan tersayang anda.

Grab untuk keluarga telah memberi fokus kepada remaja di mana setiap pengguna kini boleh menambah ahli keluarga di dalam akaun mereka. Perkara ini secara tidak langsung membantu ibu bapa serta penjaga untuk tidak lagi risau mengenai keberadaan anak mereka.

Ia direka dengan lebih selamat untuk menjaga insan tersayang anda, termasuk:

  • Mengutamakan pemandu yang mempunyai rekod yang baik.
  • Mempunyai PIN verifikasi untuk memastikan anak anda tidak berada di kereta yang salah. Sebaik pemandu sampai, mereka juga perlu mendapatkan PIN daripada pemandu untuk dimasukkan ke dalam aplikasi. Pemanduan hanya akan bermula sekiranya PIN adalah sama.
  • Bakal dilengkapi audio keselamatan yang menggunakan GenAI untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang insiden berbahaya berlaku di dalam kereta, agar Grab dapat mengambil tindakan dengan segera.
  • Ibu bapa boleh sentiasa memantau kenderaan dinaiki oleh anak-anak mereka.

image is not available

Ciri ini akan mula tersedia di dalam aplikasi pada Mei.

#2 Membuat pesanan makanan untuk jumlah yang banyak

image is not available

Setiap kali tibanya perayaan seperti Ramadan, Tahun Baru Cina, Krismas, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya pasti anda ingin membuat pesanan makanan untuk kuantiti yang banyak.

Oleh itu Grab memperkenalkan beberapa penambahbaikan untuk memastikan pesanan anda sampai tepat pada waktunya.

Sebaik pesanan anda diterima Grab akan menggunakan Large Language Model (LLM) untuk menentukan ia adalah pesanan dengan kuantiti banyak menerusi anggaran berat serta saiznya.

Sekiranya ia dikesan mempunyai jumlah yang banyak serta berat untuk dilakukan oleh seorang penghantar maka Grab akan cuba untuk mencari pacuan empat roda bagi membuat penghantaran.

Selain itu, mereka juga akan mengasingkan pesanan kepada dua rider untuk membuat penghantaran.

#3 Kehidupan Solo ‘Anda’

Untuk orang yang mempunyai kehidupan bujang, adakalanya ia membuatkan seseorang ada pelbagai perkara perlu difikirkan.

Namun kehidupan yang bersendirian tidak sepatutnya memberikan limitasi kepada anda untuk membuat pilihan khususnya jika ia melibatkan tentang makanan.

Grab food for one boleh:

  • Memudahkan anda dalam membuat pilihan tanpa perlu memikirkan cas pesanan minimum.
  • Harga yang lebih berpatutan.
  • Mempunyai pelbagai jenis makanan, tiada cas lebihan hanya cas penghantaran
  • Grab food for one ada di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan juga Vietnam

#4 Shared Saver

image is not available

Setiap di antara anda pasti pernah mempunyai keinginan untuk membeli makanan seperti satu minuman manis contohnya air bobba atau snek namun terpaksa melupakannya kerana akan dikenakan cas pesanan minimum dan sebagainya.

Namun kini anda boleh menggunakan Shared Saver di mana ia membenarkan anda untuk membuat pesanan dengan berkongsi dengan individu lain yang mempunyai tujuan di restoran atau kedai yang sama.

Dengan Shared Saver:

  • Anda boleh menyertai pengguna lain yang berada berdekatan kawasan anda untuk membuat pesanan.
  • Generator AI akan mengesan beberapa pesanan yang ingin dibuat di restoran sama.
  • Sekiranya anda menyertai pengguna lain untuk membuat pesanan, beberapa masa akan diberikan untuk membuat keputusan.
  • Ketika membuat pembayaran anda dapat melihat jumlah yang penjimatan hasil daripada penggunaan Shared Saver.

Shared Saver ini bakal dilancarkan di Singapura pada April manakala negara lain pada Jun.

#5 Untuk anda yang mengembara

Apabila sedang mengembara ke kawasan yang baharu pasti ia sedikit menyukarkan anda untuk bergerak ke tempat tertentu termasuklah mencari makanan yang terbaik.

Namun Grab sentiasa ingin mempermudahkan perjalanan di mana anda kini boleh membuat tempahan awal untuk mengambil anda di Lapangan Terbang.

Malah tempahan ini boleh dilakukan sebelum anda meninggalkan rumah dan sistem yang ada pada Grab akan mengesan penerbangan anda dari semasa ke semasa.

Perkara ini secara tidak langsung memudahkan anda dan pemandu untuk tiba pada waktu yang sepatutnya.

Selain itu, antara produk baharu yang dilancarkan adalah Dine Out Discovery (GrabMaps) di mana ia memudahkan anda untuk mencari makanan atau restoran yang diinginkan di kawasan berdekatan anda.

Bukan sekadar mencari restoran yang terbaik, bahkan ia juga menganalisi berdasarkan jenis makanan, apa yang terkenal, rating, harga dan sebagainya.