Tular Lelaki Diganggu Budak Warga Asing Ketika Rakam Suasana Di Bukit Bintang

7 Apr 2025 • 1:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, Malaysia merupakan antara negara yang menjadi tumpuan warga asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal untuk bekerja.

Selain daripada tawaran pekerjaan, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di negara ini juga menyebabkan golongan warga asing ini selesa menetap di sini.

Pun begitu, timbul isu di kalangan rakyat tempatan yang kurang selesa dengan sikap segelintir warga asing yang menjadi pengemis di negara ini.

Kanak-kanak warga asing kacau jurufoto ketika jalan sendirian di Bukit Bintang

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang jurufoto dikenali sebagai Brando diganggu oleh seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing semasa dia sedang berjalan seorang diri di Bukit Bintang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Brando yang ketika itu sedang merakam suasana malam di kawasan tumpuan itu secara tiba-tiba didekati oleh budak lelaki berkenaan.

Kanak-kanak terbabit menyangka bahawa Brandon merakam dirinya dan mempersoal mengenai perkara terbabit.

Kanak-kanak tak puas hati, sangka sedang dirakam

Meskipun Brandon sudah menjelaskan bahawa dia bukanlah mengambil gambar atau merakam kanak-kanak itu, budak terbabit tetap bersikap biadap dengan terus mempersoal dan memaksanya untuk menunjukkan bukti.

Malah, kanak-kanak terbabit juga seolah-olah tidak takut semasa Brandon menyatakan akan menghubungi polis sekiranya terus diganggu.

Dalam video tersebut, kelihatan kanak-kanak tersebut terus mengikut dan mendekati Brandon meskipun lelaki terbabit sudah cuba mengalihkan perhatiannya.

“Kenapa ambil gambar? Kenapa ambil gambar? Tengok, tengok, tengok,” kata kanak-kanak itu.

Dua lelaki minta Brandon jangan layan kanak-kanak dipercayai warga Rohingya itu

Suara kanak-kanak itu yang agak kuat telah menarik perhatian orang ramai di kawasan berkenaan termasuk dua lelaki yang meminta Brandon untuk tidak melayaninya.

Dakwan dua lelaki itu, budak terbabit sering dilihat mereka berada di Bukit Bintang dan mengganggu orang ramai.

Mereka turut menyatakan kanak-kanak terbabit berkemungkinan warga pelarian yang di bawa masuk ke negara ini oleh Agensi Pelarian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNHCR.

@itsbrandonut

solo photowalk struggles… foryou fyp beginner photography videography cinematography streetphotography photoshoot portrait streetportrait creativeportrait wideangle fisheye camera sony zve10 malaysia travel film photographer cinematic explore discover heckle heckler

♬ original sound – brandon – brandon

Video berdurasi 2.39 minit itu kemudiannya meraih lebih 2.3 juta tontonan di TikTok dan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial.

Ramai kecam dan dakwa tak selesa kanak-kanak warga asing minta sedekah di ibu kota

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mengritik penjaga kanak-kanak itu atas tindakannya yang disifatkan sebagai tidak menghormati rakyat Malaysia.