Siri Huawei Pura 80 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Julai 2025

TechnologyDigital
11 Jul 2025 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas pelancaran di peringkat global, Huawei kini mengesahkan bahawa siri Pura 80 akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Siri ini dijangka menarik perhatian ramai khususnya model Pura 80 Ultra yang dilengkapi sistem kamera dinaik taraf bagi menghasilkan imej yang kelihatan profesional.

image is not available

Antara ciri menarik yang terdapat pada Pura 80 Ultra ialah sistem kamera Dual-Telefoto Switchable yang membolehkan pengguna memilih antara dua tahap zum optikal iaitu 3.7X atau 9.4X. Menariknya, kedua-dua zum ini berkongsi satu sensor yang sama bersaiz besar 50MP dengan bukaan apertur F/1.28 inci.

image is not available

Peranti ini turut menawarkan ciri serba boleh termasuk paparan LTPO OLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, bateri berkapasiti 5170mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 100W, serta sistem audio stereo untuk pengalaman yang lebih memuaskan.

image is not available

Bagi model Pro, peranti ini mengekalkan ciri-ciri utama yang hampir sama dari segi paparan, prestasi dan bateri. Namun, peranti tidak menyertakan sistem Dual-Telefoto Switchable yang terdapat pada versi Ultra. Walaupun begitu, ia dikatakan masih mampu menawarkan keupayaan kamera yang seimbang sesuai untuk pengguna yang mengutamakan gaya.

Siri Huawei Pura 80 bakal dilancarkan di Malaysia pada 24 Julai 2025. Bagi pengguna yang ingin menjadi antara yang terawal memilikinya, pra-tempahan awal telah dibuka di HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI, serta platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

image is not available

Mana-mana pembeli terawal yang membayar deposit akan menerima baucar eksklusif serta hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428 termasuk fon telinga HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan langganan setahun HUAWEI Care+.