Huawei Pura 80 Akan Dilancarkan Ke Pasaran Global Pada 10 Julai

TechnologyDigital
26 Jun 2025 • 1:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Huawei Pura 80 akan dilancarkan secara rasmi ke peringkat global pada 10 Julai depan di Dubai. Telefon pintar mercu ini telah dilancarkan di China dua minggu yang lalu dengan ia dilengkapi cip Kirin 9020 dan sistem kamera inovatif dimana dua lensa menggunakan satu sensor kamera yang sama.

image is not available

Peranti dikhabarkan akan dipasarkan ke pasaran Asia, Afrika dan Amerika Latin sahaja. Besar kemungkinan siri Pura 80 akan memasuki pasaran Malaysia kerana negara kita merupakan antara pasaran terbesar peranti Huawei. Malahan semua model Pura dan Mate sebelum ini memasuki pasaran Malaysia.

Ciri menarik lain pada siri Pura 80 ialah sistem kamera Xmage, sistem operasi yang dipertingkat dan kemampuan melalukan komunikasi satelit. Beberapa ciri ini mungkin tidak ditawarkan ke pasaran luar kerana memerlukan sistem operasi HarmonyOS baharu yang setahu kami hanya untuk pasaran China sahaja setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved