Siri Kad Grafik Generasi Akan Datang AMD Dan NVIDIA Dijangka Hanya Akan Tiba Pada 2028

TechnologyDigital
17 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Kad Grafik Generasi Akan Datang AMD Dan NVIDIA Dijangka Hanya Akan Tiba Pada 2028

Tatkala kita sedang menunggu tentang pengumuman lanjut berkenaan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super, satu ura-ura yang kurang enak sedang berlegar-legar di arena web berkenaan siri kad grafik generasi akan datang oleh kedua-dua AMD dan juga NVIDIA.

Menurut Kepler_L2, seorang individu yang terkenal untuk tirisan maklumat berkenaan industri teknologi komputer, dia mengatakan bahawa siri kad grafik AMD Radeon RX 10000 dan NVIDIA GeForce RTX 6000 hanya akan diperlihatkan pada tahun 2028 kelak, dan bukan pada pertengahan/penghujung 2027 seperti yang dijangka ramai.

Seperti yang dijangka, ia adalah kerana bekalan komponen memori VRAM GDDR7 kini tidak mencukupi untuk menampung permintaan kedua-dua syarikat untuk menghasilkan jumlah kad grafik yang mencukupi untuk jualan pada tahun hadapan. Selain daripada kad grafik, memori GDDR7 juga digunakan untuk membangunkan komponen pemecut AI yang mempunyai margin keuntungan yang jauh lebih besar daripada kad grafik biasa.

NVIDIA sudahpun mempunyai asas kepada cip grafik Rubin yang sudahpun digunakan pada platform pemecut AI Vera Rubin dan superkomputer NVL72 yang dilancarkan pada awal tahun ini. Cip RDNA 5 juga sedang dibangunkan, dan sedikit berbeza dengan cip NVIDIA Rubin, sebahagian daripada pilihan kad grafik berasaskan RDNA 5 dijangka akan tiba pada tahun 2027, dengan selebihnya pada 2028.

Sama seperti kebanyakan pelancaran siri kad grafik, ia dijangka bahawa model-model mercu akan dilancarkan terlebih dahulu, sebelum model-model kelas pertengahan dan mampu-milik lain. Dalam pada itu, siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super yang dilaporkan ditunda masih belum menerima sebarang kemaskini lagi.

Sumber: Anandtech Forums

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved