Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 50 Super Disenaraikan Di Laman Web Seasonic

TechnologyDigital
8 Jul 2026 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 50 Super Disenaraikan Di Laman Web Seasonic

Pada awal tahun ini, jangkaan orang ramai ialah NVIDIA akan memperlihatkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 50 Super yang sepatutnya hadir dengan konfigurasi memori yang lebih besar. Akan tetapi NVIDIA dilaporkan akan menunda atau tidak melancarkan siri kad grafik tersebut langsung untuk siri ini, dan orang ramai, atau mereka yang membina komputer nampaknya perlu menunggu untuk siri kad grafik yang akan datang, iaitu NVIDIA GeForce RTX 6000.

Kebelakangan ini terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa NVIDIA sedang membangunkan siri kad grafik tersebut, dan menunggu untuk komponen memori GDDR7 3GB untuk digunakan pada kad-kad grafik ini. Akan tetapi perkara ini masih hanya satu spekulasi dalam industri yang tidak dapat disahkan lagi.

Image from: Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 50 Super Disenaraikan Di Laman Web Seasonic

Walaupun begitu, Seasonic, jenama pengeluar bekalan kuasa komputer yang terkemuka baru-baru ini didapati telah mula menyenaraikan tiga model kad grafik dibawah siri NVIDIA GeForce RTX 50 Super, termasuklah NVIDIA GeForce RTX 5080 Super, NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti Super dan NVIDIA GeForce RTX 5070 Super yang menyenaraikan model-model ini melalui kalkulator keperluan kuasa mereka.

Selain daripada model-model nama kad-kad grafik ini, mereka juga telah memperlihatkan jumlah kuasa grafik yang akan diperlukan untuk menggerakkan kadlad grafik ini. Buat masa ini, angka-angka ini boleh dilihat sebagai anggaran semasa dan bukanlah angka yang tepat. Bagi kami, penyenaraian ini menarik kerana ia sedikit sebanyak memberi bukti bahawa NVIDIA mungkin sedang memperkenalkan siri kad grafik Super baru ini, dan kita mungkin akan mendengar butiran lanjut mengenainya kelak.

Sumber: Seasonic

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved