
Rekaan OnePlus 15T kini diperlihatkan sepenuhnya melalui imej promosi rasmi dan dijangka diumumkan sekitar bulan Mac di pasaran China. Berbeza dengan khabar angin sebelum ini yang mendakwa peranti akan hadir dengan modul kamera segi empat besar, imej rasmi sebaliknya memperlihatkan reka bentuk yang lebih dekat dengan model OnePlus 15 terdahulu.

Butiran utama OnePlus 15T juga semakin jelas selepas dikongsikan. Peranti ini hadir dengan skrin rata 6.3 inci yang mempunyai bucu bulat dan dijangka menyokong kadar segar semula 165Hz seperti OnePlus 15. Dari segi kamera, ia dilengkapi lensa telefoto periskop dengan keupayaan zum optikal 3.5x sekali gus menambah nilai menarik pada pengalaman fotografi.

OnePlus masih belum mengumumkan pemprosesan digunakan namun senarai Geekbench mendedahkan bahawa peranti dikuasai cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Dari segi bateri, peranti dilengkapi dengan kapasiti 7500mAh yang disokong pengecasan pantas berwayar 100W serta nirwayar 50W. Lebih menarik, OnePlus 15T turut hadir dengan pensijilan IP66 /IP68/IP69/ IP69K dan imbasan jari ultrasonik untuk keselamatan tambahan.


