Malam tadi Samsung telah melancarkan jam tangan pintar baharu mereka iaitu Samsung Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic. Jam ini turut menjalankan sistem operasi baharu One UI 5 Watch. Apa yang menariknya ia dibina berasaskan Wear OS 4, sistem operasi jam tangan pintar generasi baharu yang eksklusif kepada Samsung sahaja pada waktu ini. Malah Pixel Watch sendiri masih menjalankan Wear OS 3.

Wear OS 3 pun masih belum diedarkan secara meluas, agak menarik melihat hubungan Samsung dan Google yang erat ini dapat memberikan akses awal kepada sistem operasi baharu. Wear OS 4 sepatutnya memberi sokongan sandaran dan pemulihan seperti telefon dan juga tidak lagi perlu menetapkan semula jam untuk digunakan pada telefon pintar baharu.
