Tiada Samsung Galaxy Z Flip5 Edisi Bespoke Tahun Ini

TechnologyDigital
26 Jul 2023 • 7:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengembangkan lagi portfolio telefon pintarnya dengan beberapa penawaran baharu hari ini. Samsung Galaxy Z Flip5 antara yang diumumkan sekaligus menjadi pilihan baharu untuk peranti skrin boleh lipat clamshell di pasaran termasuklah Malaysia.

image is not available

Namun sama ada perasan atau tidak, pelancaran hari ini tidak pula mempelihatkan penawaran untuk Galaxy Z Flip5 edisi Bespoke. Perkara ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa tiada peranti Galaxy Z Flip5 Edisi Bespoke yang ditawarkan pada tahun ini.

image is not available
Empat warna eksklusif hanya untuk pembelian atas talian

Hal ini juga dilihat berbeza dengan tahun sebelum ini, yang secara tidak langsung penawarannya menjadikan peranti tersebut lebih menarik dan unik. Pun begitu, ia bukanlah satu isu yang besar memandangkan Samsung Malaysia menawarkan warna biru, hijau, kelabu dan kuning sekiranya peranti diberi secara atas talian.

image is not available
Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke tahun lalu

Samsung Galaxy Z Flip5 ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4,499 (256GB) dan RM4,999 (512GB).

Khusus buat pembaca Amanz, gunakan kod promosi AZGALAXY sewaktu membeli Galaxy Flip5 bagi menerima diskaun RM200, terhad sementara stok masih ada.