Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil memberikan penjelasan selepas reaksinya terhadap hantaran Instagram Story pelakon Puteri Balqis menjadi perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak berkecil hati dengan panggilan ‘auntie’ yang digunakan Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish.
AdvertisementSebaliknya, Sarimah menyifatkan kekeliruan mengenai video Tupperware yang disebut pelakon muda itu sebagai satu situasi lucu dan tidak perlu diperbesarkan.
Apa Kes Sebenarnya Sarimah Ibrahim Di Threads?
Menurut Sarimah, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkongsian Aqish, malah menganggap perkara tersebut sebagai gurauan yang mencuit hati.

“It’s all good. It was actually a fun moment.
We need to all relax .. sis pun ok je. Memang ada video parodi auntie- eh i mean sis- buat dulu. We need to all have a little laughter or else terlalu tense. ”
Dalam respons tersebut, Sarimah turut menjelaskan bahawa dia sememangnya pernah menghasilkan video parodi mengenai watak ‘auntie’ sebelum ini.
Malah, pengacara itu turut berseloroh membetulkan panggilan ‘auntie’ kepada ‘sis’, sekali gus menunjukkan bahawa dia mengambil perkara tersebut secara santai.
Sarimah Ibrahim Okay Saja Dipanggil ‘Mak Cik’
Bagaimanapun, dalam satu lagi hantaran, Sarimah turut menyuarakan pendiriannya mengenai penggunaan bahasa kasar serta penyebaran fitnah di media sosial.
Menurutnya, meskipun dia tidak kisah dipanggil ‘auntie’, perkara yang melibatkan kata-kata kurang sopan dan tuduhan tidak berasas bukan sesuatu yang boleh diterima.
View this post on Instagram

“ Sis ok je memang pun auntie. But sis tak ok dengan kata2 kasar / kurang ajar atau mengundangkan fitnah – that is not acceptable.”
Kenyataan tersebut memperlihatkan pendirian Sarimah bahawa gurauan boleh diterima, namun ia tetap perlu mempunyai batas supaya tidak menyinggung atau menjejaskan pihak lain.
Hantaran Puteri Balqis Sebelum Ini Jadi Tumpuan
Terdahulu, nama Sarimah menjadi perhatian selepas Aqish memuat naik Instagram Story yang ditujukan kepada pengacara berkenaan.
Dalam perkongsian tersebut, Aqish mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan Sarimah dan mengakui dirinya masih belajar untuk menghadapi kesakitan emosi yang sedang dilalui.
Walaupun begitu, Aqish menegaskan bahawa dia masih meminati dan menghormati Sarimah sebagai seorang figura senior dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, bahagian mengenai video Tupperware itu mencuit hati Sarimah sehingga dia mempersoalkan bila dirinya pernah menjual barangan berkenaan.
Reaksi spontan Sarimah itu kemudian menjadi perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sarimah Anggap Isu Tersebut Sekadar Gurauan
Susulan pelbagai reaksi yang timbul, Sarimah sekali lagi menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai masalah dengan panggilan atau gurauan mengenai video berkenaan.
Bagaimanapun, dia tetap menekankan kepentingan menjaga tutur kata dan mengelakkan penyebaran fitnah dalam kalangan pengguna media sosial.
Penjelasan tersebut sekali gus menunjukkan Sarimah tidak mahu perkara yang dianggapnya sebagai detik lucu bertukar menjadi pertikaian lebih besar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peguam Dedah Punca Cerai Syida Melvin Dan Syafiq - "Anak Guam Dinafikan Hak, Perlu Bayar Tunggakan Rumah RM25K"
The post “Sis Okay Je Dipanggil ‘Auntie’, Tapi Tidak Kepada Kurang Ajar Dan Fitnah” – Che Puan Sarimah Ibrahim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





