Sistem AWAS Guna AI: Saman Lebih Penting Daripada Tangani Punca Kemalangan Sebenar?

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyaman pemandu yang memandu laju telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Ramai pihak mendakwa inisiatif ini lebih bertujuan menambah kutipan hasil berbanding menyelamatkan nyawa di jalan raya.

Malah, isu kemalangan maut melibatkan lori yang semakin membimbangkan dilihat langsung tidak diberi keutamaan.

Sistem AWAS Guna AI: Kecanggihan yang Membebankan Rakyat?

Melalui sistem yang dikenali sebagai Automated Awareness Safety System (AWAS), kelajuan pemandu akan diukur berdasarkan purata masa perjalanan di antara plaza tol. Jika melebihi had kelajuan, saman sehingga RM300 akan dikeluarkan secara automatik, tanpa ‘campur tangan manusia’.

Percubaan sistem ini dijadualkan bermula Jun ini di beberapa lebuh raya berisiko tinggi, namun ditangguhkan atas alasan “isu teknikal” menurut jurucakap MOT. Setakat ini, tiada tarikh baharu diumumkan.

Rakyat Persoal Keutamaan MOT

image is not available

Penangguhan itu tidak meredakan kemarahan awam. Ramai rakyat Malaysia berpendapat sistem ini menyasarkan pemandu biasa, sedangkan ancaman sebenar, lori berat yang berbahaya, tidak ditangani.

“Banyak lagi perkara berguna yang MOT boleh lakukan, tapi mereka pilih idea pelik macam ni,” tulis seorang pengguna Facebook.

Tambahnya lagi, “Kemalangan melibatkan lori sangat kerap berlaku, tetapi masih tiada penyelesaian. Rakyat pula terus dibebankan.”

1 Nyawa Hilang Setiap 36 Jam Akibat Lori

image is not available

Data oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan hampir 1,500 nyawa terkorban dalam kemalangan melibatkan lori dan treler dalam tempoh 6 tahun, bersamaan satu kematian setiap 36 jam.

image is not available

Kes paling tragik terkini berlaku pada 13 Mei lalu, apabila 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut selepas lori membawa batu kerikil merempuh trak mereka di Perak.

Loke Pertahan Sistem, Tapi Rakyat Masih Skeptikal

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mempertahankan sistem AWAS berasaskan AI ini dengan menyatakan ia lebih selamat berbanding kamera statik yang menyebabkan pemandu membrek secara mengejut, sekali gus menambah risiko perlanggaran.

Namun, kenyataan itu gagal meredakan keraguan awam yang berterusan.

“Jalan penuh lubang, tapi tak pernah peduli. Bila nak pilihan raya, baru sibuk baiki,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

MOT Janji Tangani Isu Lori Berat

MOT mengakui isu yang dibangkitkan dan menegaskan langkah sedang diambil untuk mempertingkat keselamatan melibatkan lori. Antaranya penubuhan pasukan khas sejak Januari bagi memperketat peraturan terhadap kenderaan berat, termasuk pemantauan brek, tayar dan had muatan.

Pihak berkuasa juga menjanjikan hukuman lebih tegas terhadap pemandu lori yang melanggar peraturan serta tindakan terhadap lori yang menyalahgunakan lorong laju.