Anwar Dijangka Menghadap Tuanku Muhriz Di Istana Negeri Sembilan

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 7:02 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Anwar Dijangka Menghadap Tuanku Muhriz Di Istana Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, di sini kira-kira 6 petang.

Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan berhubung kedudukan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN).

Turut dijangka menghadap ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim.

Para pengamal media mula berkumpul di hadapan Istana Negeri Sembilan sejak kira-kira 3 petang tadi bagi mengikuti perkembangan berhubung isu berkenaan.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Azizi berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli MMKN memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.

Ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas sebelum dilantik menganggotai MMKN Negeri Sembilan.

Berikutan pembatalan itu, Menteri Besar perlu mempersembahkan senarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

The post Anwar Dijangka Menghadap Tuanku Muhriz Di Istana Negeri Sembilan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved