Tindakan Tamat Pelantikan EXCO N9 Tanpa Nasihat MB Tidak Berperlembagaan, EXCO Jalan Tugas Seperti Biasa – Ismail Lasim

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 1:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tindakan Tamat Pelantikan EXCO N9 Tanpa Nasihat MB Tidak Berperlembagaan, EXCO Jalan Tugas Seperti Biasa – Ismail Lasim

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lewat malam tadi (20 September) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, telah membatalkan pelantikan bagi semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang berkuat kuasa serta-merta.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuanku Muhriz Batal Pelantikan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan

MB N9 dakwa EXCO N9 masih dah dan jalankan tugas sepeti biasa

Namun sebentar tadi (21 September) Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan Exco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Kata Ismail beliau mahu memberikan penjelasan rasmi berhubung tafsiran perundangan dan sempadan kuasa eksekutif di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya yang membabitkan kedudukan serta tempoh perjawataan EXCO.

Berdasarkan UUTKNS 1959, Kuasa Kedaulatan Raja dalam hal pentadbiran negeri dijalankan atas nasihat MB dan MMK Negeri

“Secara asasnya, sitem pentadbiran Negeri Sembilan ditegakkan di atas prisnsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Berdasarkan Bahagian Kedua UUTKNS 1959, kuasa Kedaulatan Raja dalam hal pentadbiran negeri hendaklah dijalankan atas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK),” jelas Ismail dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook.

Beliau menjelaskan untuk mengelakkan sebarang kekhilafan tafsiran, implikasi perundangan berhubung perkara ini wajib diteliti secara harmoni dan menyeluruh seperti berikut:

  • Prinsip Kuasa Atas Nasihat – Menurut Perkara 40(1) UUTKNS 1959, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat MMK Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran (eksekutif) di bawah Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri.
  • Had Kuasa Budi Bicara – Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Raja dalam hal pentadbiran hanya merangkumi perkara-perkara yang dinyatakan secara bertulis di bawah Perkara 40(2) UUTNKS 1959. Kuasa untuk memberhentikan atau menamatkan tempoh jawatan EXCO secara bersendirian tidak termaktub dalam institusi budi bicara ini.
  • Keterikatan Perkara 38(5) UUTKNS 1959 dengan Nasihat Menteri Besar – Kuasa Raja untuk memperkenankan tempoh perjawatan seseorang EXCO di bawah Perkara 38(5) tidak boleh dibaca secara berasingan. Ia wajib dibaca bersama Perkara 38(4) dan Perkara 40(1). Ini bermakna, sebarang penamatan atau perubahan kedudukan barisan EXCO semasa pentadbiran berjalan hanya boleh berkuat kuasa atas nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar.

Tindakan tamatkan atau berhentikan keahlian EXCO tanpa nasihat atau penasihat MB adalah kekhilafan dan tidak berperlembagaan

Oleh yang sedemikian, beliau menegaskan bahawa sebarang tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian seseorang EXCO yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan Menteri Besar adalah merupakan satu kehilafan dari sudut:

  • Perundangan
  • Tidak berperlembagaan
  • Tidak mempunyai sebarang kuasa undang-undang

MB dakwa tidak pernah dirujuk atau menasihati berhubung pemberhentian mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Sembilan

“Adalah ditegaskan bahawa Menteri Besar tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) UUTKNS.

“Dengan itu tidak ada keperluan mengemukakan senarai EXCO yang baru kerana EXCO yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan terus mempertahankan keluhuran perlembagaan demi memastikan kestabilan pentadbiran dan mandat rakyat sentiasa dipelihara berlandaskan lunas undang-undang yang sah.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved