Siti Nurhaliza diperli ‘tiada job’ sebab kerap live TikTok, anak tiri bidas tuduhan netizen

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 4:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Siti Nurhaliza diperli

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diperli ‘artis tiada job’ oleh sesetengah pihak apabila kerap melakukan siaran langsung di platform TikTok miliknya bagi mempromosikan produk.

Ketawakan Siti Nurhaliza sebab buat live

Perkara itu dinyatakan satu akaun X peminat Siti Nurhaliza apabila mengatakan ada pihak mentertawakan penyanyi itu memandangkan kerap melakukan siarang langsung di platform berkenaan.

image is not available

Siti Nurhaliza diperli, anak tiri bidas kenyataan netizen

Susulan daripada itu, anak tiri kepada penyanyi tersebut iaitu Asyraf Khalid telah membidas kata-kata kurang sedap didengar mengenai kerjaya Siti Nurhaliza.

Soalnya, bagaimana seorang penyanyi yang beberapa kali membuat konsert dalam masa setahun sehingga kurang rehat boleh dikatakan tiada kerja hanya disebabkan dia melakukan siaran langsung.

image is not available

Siti Nurhaliza diperli, Asyraf Khalid kata wajarlah promosikan produk sendiri

Tambahnya Asyraf lagi, tidak salah jika penyanyi lagu Cindai itu melakukan promosi di media sosial memandangkan dia adalah pemilik perniagaan produk kecantikan jenama sendiri yang pasti memerlukan pemasaran.

Jelasnya, sesibuk apapun ibu tirinya itu, produk keluaran syarikat tetap menjadi keutamaan.

image is not available

Yang gelak tu dah gila ke?

Perkongsian tersebut juga telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang turut sama terkilan apabila ada pihak yang mentertawakan usaha Siti Nurhaliza dalam perniagaan.

Ujar mereka, apa yang dilakukan penyanyi kesayangan ramai itu bukan hanya untuk produk kecantikannya tetapi turut membuka jalan buat rezeki-rezeki ejen dan stokis yang menjual produk keluarannya.

image is not available

Dia nak menjual suka hatilah, dia ada produk

image is not available

Ada saja benda nak cari salah orang lain

image is not available

Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya antara selebriti yang cukup aktif di media sosial dan tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya kepada peminat.

Dia juga kerap membuat siaran langsung mempromosikan produk ataupun sekadar berborak dengan peminat-peminat yang sentiasa setia mendengar celotehnya serta keletah anak-anak yang sedang membesar.