Siti Saerah akui sudah tegur anak, mohon maaf atas sikap Amad Dayyan

EntertainmentLifestyle
6 Oct 2025 • 4:15 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SHAH ALAM – Anak didakwa bersikap kurang sopan, pengurus yang juga ibunya, Siti Saerah mengakui sedia maklum mengenai perkara tersebut dan sudah pun menegur putera kesayangannya, Amad Dayyan, agar memperbaiki diri.

Memetik laporan berita tempatan, menurut Saerah atau nama sebenarnya Siti Saerah Tarudin, 42, kejadian tersebut berlaku di luar jangkaan dan berpunca daripada ketidaksediaan anaknya berdepan dunia populariti yang datang secara tiba-tiba.

“Dalam usia muda dan baru mengenal dunia seni, Amad masih terkejut dengan perhatian orang ramai. Jadi saya faham kalau ada ketika dia tersalah bawa diri.

“Saya dah pesan kepadanya supaya jangan terlalu ambil hati dengan komen netizen. Saya hanya menegur agar dia belajar daripada kesilapan tanpa memberi tekanan. Saya percaya Amad anak yang baik dan boleh berubah,” katanya kepada media.

Namun, adik kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu tidak menafikan dirinya terkilan apabila situasi sebenar temu bual tersebut disalah tafsir selepas tular dalam media sosial hingga mengundang kecaman ramai.

“Sebenarnya, Amad langsung tidak berniat untuk bersikap biadab. Kata-katanya mungkin kedengaran lain apabila dirakam dan disunting.

“Saya pun agak sedih baca komen-komen negatif kerana orang di luar tidak tahu suasana sebenar ketika temu bual berlangsung.

“Tapi tak mengapa, saya terima teguran. Saya juga akan betulkan cara Amad berdepan dengan media selepas ini. Sedikit demi sedikit, dia akan belajar dan matang,” ujarnya pada sidang media minggu ketujuh Talk To My Manager di sini, semalam.

Mengakui anaknya masih baru dalam industri, Saerah memahami tekanan yang datang bersama perhatian ramai namun sebagai ibu, dia tetap percaya Amad mampu memperbaiki diri.

“Hanya saya yang betul-betul faham perangai Amad. Kadang-kadang dia bergurau dengan niat menceriakan suasana, tapi orang luar tak tahu konteks sebenar.

“Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tutur kata anak saya menyinggung mana-mana pihak.

“Sebagai ibu, saya akan terus membimbing dan mendidik dia dengan lebih baik. Doakan Amad lebih berhati-hati dan belajar daripada kesilapan,” luahnya.

Sebelum ini, Amad dikritik netizen selepas rakaman temu bual bersama wartawan MYBERITA tular dalam platform media sosial kerana didakwa memberi respon sambil lewa dan kurang sopan.

@myberitaonline Orang nak cakap apa pun… urusan dia dengan Allah image is not available Amad kat bawah tunggu pahala masuk jeimage is not availableimage is not available image is not available Hakim | MYBERITA Baca berita penuh image is not available www.portalmyberita.com image is not available Nak tahu apa yang tengah trending? Semua berita terkini & info panas ada di MYBERITA! image is not availableimage is not available Jangan lupa follow kami di media sosial image is not available image is not available newsroom@portalmyberita.com #MYBERITA #trending #terkini #viral #semasa ♬ original sound – MYBERITA

Perbandingan turut dibuat dengan kakaknya, penyanyi Umairah, yang dianggap lebih petah berkomunikasi serta tampil profesional di hadapan media.