Sivasangari pertahan kejuaraan, misi enam emas Malaysia tercapai

27 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sivasangari pertahan kejuaraan, misi enam emas Malaysia tercapai
Sivasangari (kanan) ketika beraksi menentang wakil India Anahat Singh pada aksi final perseorangan wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjo Futo Arena hari ini. - FOTO: Bernama

JAGUH perseorangan wanita negara, S Sivasangari tidak berdepan masalah mempertahankan pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan wakil India, Anahat Singh dalam aksi final pada Ahad.

Pemain di ranking kelima dunia itu tidak memberi ruang kepada Anahat yang menghuni ranking ke-17 dunia apabila melakar kemenangan straight set 11-4, 11-4, 11-7.

Kejayaan berkenaan turut memastikan Sivasangari berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 selain melengkapkan sasaran enam pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Asia.

Sivasangari bermula agresif sejak mata pertama dengan mengawal tempo permainan dan terus memberikan tekanan kepada pemain lawan sekali gus menutup set pertama dengan kemenangan 11-4.

Momentum berkenaan diteruskan pada set kedua apabila Sivasangari sekali lagi tampil dominan untuk meninggalkan Anahat dan mengulangi keputusan 11-4.

Anahat cuba bangkit pada set ketiga, namun Sivasangari kekal tenang dalam mengawal permainan sebelum memastikan kemenangan 11-7, sekali gus menamatkan cabaran lawannya dalam tiga set.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved