Skechers Friendship Walk 2025 Bakal Warnai Setia Alam Buat Pertama Kali

4 Aug 2025 • 10:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Acara larian dan berjalan kaki tahunan yang dinanti-nantikan, Skechers Friendship Walk, kini kembali untuk edisi ke-8 dan bakal berlangsung buat pertama kalinya di Oval Lawn, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 7 September 2025 (Ahad).

Dengan jangkaan penyertaan lebih 8,000 peserta, acara ini terus memupuk semangat gaya hidup aktif, hubungan erat serta perpaduan komuniti, selari dengan tema utama: Active Lifestyle, Bonding & Community (A, B, C).

Dua Kategori Menarik: 5KM Fun Walk atau 10KM Competitive Run

Peserta boleh memilih mengikut gaya masing-masing:

5KM Fun Walk: Santai bersama rakan dan keluarga dalam suasana ceria
10KM Competitive Run: Untuk yang mahu mencabar diri dalam larian kompetitif

Pek Penyertaan Eksklusif Bernilai RM279

Setiap peserta akan menerima pek penyertaan yang mengandungi:

  • Baju rasmi Skechers Friendship Walk 2025
  • Beg drawstring & crossbody Skechers
  • Bib larian, medal, e-sijil & kupon diskaun
  • Insurans kemalangan diri & jamuan ringan

image is not available
image is not available

Hadiah Tunai Menanti Pemenang Larian 10KM

Kategori Terbuka Lelaki & Wanita:

  • Tempat Pertama: RM1,000 tunai + baucar Skechers RM500
  • Tempat Kedua: RM800 tunai + baucar Skechers RM500
  • Tempat Ketiga: RM600 tunai + baucar Skechers RM500

Elemen Hari Sukan: Sukaneka & Hadiah Utama

Menambah elemen keseronokan, peserta akan dibahagikan kepada 4 rumah sukan (Merah, Biru, Hijau, Kuning) untuk menyertai permainan dan cabaran berkumpulan. Seorang peserta bertuah dari pasukan yang menang akan membawa pulang bekalan kasut Skechers selama setahun.

Skechers Hands-Free Slip-ins® GOwalk 8

  • Direka untuk keselesaan sepanjang hari, kasut Skechers GOwalk 8 menampilkan:
  • Rekaan slip-in tanpa perlu membongkok atau mengikat tali
  • Heel Pillow untuk cengkaman selesa
  • Insole Air-Cooled Goga Mat
  • Teknologi ULTRA GO® dan Ultra Pillars®

image is not available

Pendaftaran kini dibuka, sertai komuniti Skechers dan raikan gaya hidup sihat bersama-sama. https://www.jomrun.com/event/Skechers-Friendship-Walk-2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved