SKMM Melantik TM Sebagai Pembangun Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI

LocalTechnology
18 Nov 2026 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM Melantik TM Sebagai Pembangun Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI

Pelan untuk membangunkan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI atau lebih dikenali sebagai SALAM telah diperkenalkan sejak pertengahan tahun ini, dengan pengumuman lanjut berkenaan kos yang diperlukan juga diumumkan oleh Perdana Menteri sewaktu pembentangan Belanjawan 2027.

Terkini, pihak Kementerian Komunikasi Malaysia, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah melantik TM Technology Services Sdn. Sdn Bhd sebagai pembangun, pelaksana dab pengendali projek kabel dasar laut tersebut.

Projek SALAM hadir dengan kos pembangunan RM2.7 bilion dan sambungan kabel sepanjang 5500KM yang akan dibiayai sepenuhnya oleh dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) dibawah kelolaan SKMM yang dijangka akan memperbaiki mutu sambungan rangkaian internet antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

SKMM mengatakan inisiatif strategik ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti dan daya tahan rangkaian, malah menyediakan asas yang lebih kukuh bagi menyokong keperluan digital negara pada masa hadapan. Melalui sambungan ini, empat pasangan gentian optik akan diperuntukkan untuk menyokong keperluan kritikal seperti perkhidmatan awan berdaulat (sovereign cloud services), perkhidmatan digital kerajaan dan keselamatan siber negara.

Pembangunan projek kabel SALAM akan bermula pada pertengahan bulan Disember 2026 dan dijangka akan siap dipasang dan mula beroperasi menjelang suku pertama 2030.

Sumber: SKMM (Facebook)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved