Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperkenalkan aplikasi pintar dikenali sebagai PAKEJ Map bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan pos dan kurier di seluruh negara.
PAKEJ Map untuk apa?
Aplikasi tersebut berfungsi sebagai platform digital berpusat yang menghimpunkan maklumat mengenai lokasi hab, cawangan, premis perkhidmatan serta laluan penghantaran syarikat kurier di Malaysia.
View this post on Instagram
Menerusi PAKEJ Map, pengguna boleh mencari lokasi cawangan kurier terdekat menggunakan peta interaktif, selain menapis carian mengikut jenama syarikat dan jenis perkhidmatan yang diperlukan.
Aplikasi itu turut menyediakan fungsi carian berdasarkan jarak serta paparan kawasan liputan penghantaran bagi memudahkan pengguna memilih perkhidmatan yang bersesuaian.
Boleh terus buat ‘report’ pasal kurier
Menariknya, PAKEJ Map juga dilengkapi modul pengurusan maklum balas yang membolehkan orang ramai menyalurkan aduan berkaitan masalah perkhidmatan kurier secara terus melalui aplikasi berkenaan.

Portrait of courier delivery man searching the address on digital tablet. Delivery service, delivery home and shipping concept.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemudahan akses, ketelusan dan kecekapan perkhidmatan kurier, sekali gus menyokong perkembangan industri e-dagang tempatan.
Orang ramai kini boleh memuat turun aplikasi PAKEJ Map secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store untuk pengguna Android serta iOS.

SKMM Proaktif, Ambil Tindakan Terhadap Kandungan Judi Dalam Talian Sempena Piala Dunia 2026
The post SKMM Perkenal Aplikasi PAKEJ Map, Pengguna Kini Boleh Cari Lokasi Kurier Dan Terus Buat Aduan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




