Skuasy: Malaysia mara ke suku akhir akhir, tundukkan Singapura 3-0

29 Sep 2026 • 2:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Skuasy: Malaysia mara ke suku akhir akhir, tundukkan Singapura 3-0

PETALING JAYA: Barisan srikandi skuasy negara berada di landasan terbaik mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka, empat tahun lalu, selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir dalam aksi Kumpulan A pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini.

Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan pertama tidak berdepan masalah mengetepikan Singapura 3-0 untuk muncul juara Kumpulan A.

Untuk perlawanan, hari ini, penggiliran (order of play) 2-1-3 telah diguna pakai, Aira Azman sebagai perseorangan kedua turun terlebih dahulu dan dia tidak berdepan masalah menewaskan Au Yeong Wai Lynn 11-9, 11-8, 11-2 dalam masa 21 minit.

Bintang skuasy No. 5 dunia, S. Sivasangari yang direhatkan, semalam, mudah mengetepikan Au Yeong Wai Yhann 11-6, 11-6, 11-5 dalam masa 19 minit, bagi memastikan kemenangan Malaysia 2-0.

Seorang lagi perseorangan negara, Aifa Azman melengkapkan kemenangan skuad negara 3-0 selepas dia membenam Naisha Singh 11-0, 12-10, 11-3 dalam masa 15 minit.

Pada suku akhir, esok, pasukan di tempat ketiga dari Kumpulan A, B dan C yang memenangi kedudukan kedua perlawanan ‘play-off’ dijadual akan bertemu Malaysia.

Tiga pasukan tersebut sama ada Macau, Pakistan ataupun China, dengan Malaysia dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pencabar tersebut bagi meloloskan diri ke separuh akhir pada Khamis. – UTUSAN

The post Skuasy: Malaysia mara ke suku akhir akhir, tundukkan Singapura 3-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved