Rexy kecewa Pearly-Thinaah lepas peluang keemasan

29 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rexy kecewa Pearly-Thinaah lepas peluang keemasan

PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky mengakui kecewa apabila Pearly Tan-M Thinaah melepaskan peluang untuk menamatkan aksi separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 secara straight set.

Pearly-Thinaah yang turun sebagai pasangan No.5 dunia akhirnya tewas 21-16, 20-22, 12-21 kepada gandingan No.1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning di Gimnasium Ichinomiya City Municipal, semalam.

Rexy berkata, kegagalan memanfaatkan kelebihan pada set kedua menjadi titik perubahan apabila kesilapan pada mata kritikal membuka ruang kepada pasangan China untuk mengubah momentum perlawanan.

“Memang sangat kecewa kerana kita boleh pergi lebih daripada itu. Pada set kedua, kita sudah hampir mendapatkannya tetapi ada sedikit kesilapan pada mata-mata kritikal.

“Pada mata-mata kritikal itu, mereka (Sheng Shu-Tan Ning) mungkin lebih berani kerana mereka bermain lebih bebas, ‘nothing to lose’,” kata selepas perlawanan semalam.

Kelemahan itu kemudian semakin terserlah pada set penentuan apabila Pearly-Thinaah gagal menandingi kekuatan fizikal lawan untuk mengekalkan tekanan.

Rexy mengakui faktor fizikal memainkan peranan apabila pasangan negara kehilangan kelebihan yang dimiliki sebelum lawan menguasai set ketiga.

“Dalam set ketiga kita kalah dari segi strength (kekuatan),” katanya.

Pingat gangsa yang diraih Pearly-Thinaah bagaimanapun menyamai pencapaian beregu negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik. – UTUSAN

The post Rexy kecewa Pearly-Thinaah lepas peluang keemasan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved