Snap Buang Sekitar 1,000 Orang Pekerja – Disebabkan Kemajuan AI

TechnologyBusiness & Finance
16 Apr 2026 • 12:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Snap, syarikat sebalik platform sosial Snapchat, kini mengumumkan akan mengurangkan 16% tenaga kerja mereka, sekaligus memberikan impak melibatkan sekitar 1,000 pekerja sepenuh masa syarikat berkenaan.

Snap menyatakan kemajuan dalam arena kecerdasan buatan membuatkan mereka boleh mengoptimasikan lagi operasi mereka, serta membolehkan Snap beroperasi dengan pasukan lebih kecil. Snap menekankan yang mana pasukan kecil dengan sokongan kecerdasan buatan telah menambah-baik beberapa ciri pada platform tersebut, termasuk penambah-baikkan prestasi pengiklanan, dan juga peningkatan pada infrastruktur Snap Lite.

Selain penghentian pekerja, mereka juga akan turut menutup tawaran lebih 300 jawatan yang terbuka sebelum ini. Pengurangan pekerja ini juga dijangka membantu Snap dalam ke arah menjana keuntungan, melalui pengurangan kos operasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved