Snapchat Memberikan Ciri My AI Kepada Pengguna Global

TechnologyDigital
20 Apr 2023 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menerusi My AI, sebuah pembantu maya yang menggunakan kecerdasan buatan ChatGPT ditawarkan kepada pelanggan Snapchat+ di Amerika Syarikat. Ia boleh memberikan saranan topik perbualan dan hadiah yang boleh dibeli untuk rakan rapat. Selepas beberapa bulan eksklusif kepada pelanggan Snapchat+ di A.S, My AI kini ditawarkan ke peringkat global.

image is not available

Menurut Snap, sejak diperkenalkan My AI digunakan lebih 2 juta kali sehari oleh pengguna Snapchat+. Menarik sekali ciri My AI kepada semua sama dengan versi berbayar. Ia boleh digunakan dalam perbualan berkumpulan atau peribadi untuk pelbagai saranan. Misalnya ia juga boleh memberikan saranan pergi bercuti ke lokasi yang menarik.

Pelanggan Snapchat+ global boleh menggunakan My AI hari ini dengan avatar boleh diperibadikan menggunakan Bitmoji.