Softbank Dilaporkan Ingin Melakukan Pelaburan Teknologi Bernilai $50 Bilion Di Malaysia

LocalTechnology
26 Oct 2026 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masayoshi Son, pengasas dan CEO SoftBank dilaporkan merancang pelaburan teknologi bernilai $50 bilion (~RM 204 bilion) di Malaysia menurut laporan Bloomberg. Ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas menghubungi Son pada Selasa minggu lalu.

Image from: Softbank Dilaporkan Ingin Melakukan Pelaburan Teknologi Bernilai $50 Bilion Di Malaysia

Menerusi pelaburan ini dua lokasi telah dikenalpasti di Kuching Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah dikenalpasti untuk projek yang akan menumpukan kepada kecerdasan buatan (AI), pusat data dan teknologi baharu.

Awal bulan lalu, SoftBank Group, Grab, dan PETROS (Petroleum Sarawak Berhad) telah menandatangani perjanjian rangka kerja untuk meneroka pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan ekosistem digital di Sarawak.

Pelaburan ini akan membantu merealisasikan impian Malaysia untuk menjadi negara AI menjelang 2030. Ia sebuah lagi projek besar melibatkan AI di Malaysia sejak dua tahun kebelakangan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved