Beberapa tahun lepas, Google bekerjasama dengan Parallels untuk aplikasi Windows dijalankan pada ChromeOS. Selepas dua tahun, kemas kini kepada Parallels tidak lagi kelihatan dan Google turut telah mengambil alih Cameyo untuk pelagak Windows dijalankan pada ChromeOS. Terbaru, sokongan Parallels dikatakan akan tamat tidak lama lagi.

Parallels membenarkan banyak aplikasi Windows berjalan secara natif pada ChromeOS. Namun selepas kemas kini pada tahun 2022 untuk membenarkan ia disokong pada peranti ChromeOS dengan spesifikasi rendah, tiada lagi sebarang kemas kini, ciri dan fungsi baharu diperkenalkan. Ini mungkin kerana prestasi Parallels yang tidak konsisten berbeza dengan Cameyo yang boleh menjalankan keseluruhan sistem operasi Windows dalam mod pelagak.
Menurut Chrome Unboxed, sokongan Parallels ini akan tamat pada tahun ini dan tidak lagi akan diteruskan pada tahun seterusnya. Ketika laporan ini ditulis, laman web khidmat bantuan pelanggan Google dan Parallels masih belum ada sebarang informasi lanjut. Sama-sama kita nantikan.
