Solat Jumaat di Balai Undang Sungei Ujong: Mufti tegaskan syarat 40 jemaah

13 Oct 2026 • 2:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Solat Jumaat di Balai Undang Sungei Ujong: Mufti tegaskan syarat 40 jemaah

SEREMBAN – Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjelaskan surat bertarikh 21 April 2026 berhubung pelaksanaan solat Jumaat di Kediaman Rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong hanya bertujuan menjawab persoalan hukum syarak dan tidak mempunyai kaitan dengan kemelut yang sedang berlaku di negeri ini.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin berkata, pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini hendaklah memenuhi ketetapan sekurang-kurangnya 40 jemaah mengikut mazhab Syafie yang muktamad serta didirikan di tempat yang mendapat keizinan pihak berkuasa agama negeri.

Menurut Faudzinaim, surat yang tersebar di media sosial itu menjawab persoalan mengenai status solat Jumaat yang didirikan dengan jumlah jemaah kurang daripada 40 orang di Kediaman Rasmi BalaiUndang Luak Sungei Ujong, yang turut dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak ketika itu.

Beliau berkata, surat berkenaan dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pemohon beralamat di Balai Undang Luak Sungei Ujong, khusus dari sudut dan pandangan hukum syarak.

“Jawapan berkenaan adalah berdasarkan keputusan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (Khas) Bilangan 1/2026 yang telah bersidang pada 27 Mac 2026 bersamaan 7 Syawal 1447 Hijrah.

“Ahli Jawatankuasa Fatwa telah meneliti dan mempertimbangkan pelbagai hujah serta dalil daripada kitab-kitab fiqh muktabar ulama mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki melalui disiplin ilmu fiqh dan Usul al-Fiqh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tegas Faudzinaim, jawapan yang diberikan itu tidak mempunyai sebarang niat atau kaitan dengan isu yang sedang berlaku di Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Solat Jumaat di Balai Undang Sungei Ujong: Mufti tegaskan syarat 40 jemaah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved