“Solat, tapi tiap hari bawa lelaki balik” – Nedim Nazri Sindir Siapa Tu?

EntertainmentLifestyle
31 Oct 2025 • 3:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Bekas suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri kini menjadi perhatian netizen di Threads setelah membaca hantarannya sejak semalam.

Dalam hantaran itu, Nedim dilihat seperti sedang meluahkan rasa amarah terhadap seseorang yang terdekat dengannya.

Nedim memulakan perkongsian dengan memberikan pesanan sinis kepada netizen untuk tidak terlalu percaya kepada orang yang kita adore di media sosial. Biarpun ia tidak ditujukan kepada semua, Nedim menyifatkan ada wanita yang bertudung ini tidak boleh dipercayai dan kaki penipu.

Bahkan, Nedim menyatakan dia berani memberikan kenyataan tersebut kerana mempunyai bukti dan difahamkan amarahnya itu diluahkan kerana ia dikatakan berkait dengan anak.

image is not available
image is not available image is not available

Di samping itu, Nedim tidak gentar jika tindakannya ini membuatkan pihak yang dimaksudkan itu cuba mengheretnya ke mahkamah.

Menjengah ke ruangan komen, biarpun ramai netizen tidak dapat kepastian siapa orang yang dimaksudkan Nedim, ramai yang memberikan sokongan moral buatnya kerana cuba mempertahankan anak.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved