“Sold out 250 ekor!” – Ramai Beratur Panjang Demi King Crab RM85

Entertainment
22 Sep 2025 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika sebelum ini kemeriahan suasana beratur panjang sering dikaitkan dengan jualan murah di pasar raya atau pelancaran gajet baru, kali ini tumpuan orang ramai beralih kepada hidangan king crab yang dijual di car boot sale.

Menerusi sebuah video tular di media sosial, kejadian itu difahamkan berlaku di Kelantan dan orang ramai sanggup beratur panjang meskipun cuaca terik demi mendapatkan makanan laut tersebut.

Menurut peniaga yang juga pengirim video berkenaan, jualan king crab berharga RM85 seekor itu habis licin dalam tempoh hanya lima minit.

“Alhamdulillah, hari ini semua pelanggan yang hadir sejak awal pagi sabar menunggu. Terima kasih atas sokongan anda.

Sebanyak 250 ekor king crab berjaya dijual dan habis terjual pada hari ini,” tulis peniaga itu di kapsyen.

Difahamkan, peniaga itu menjual dari but keretanya pada setiap hari bermula jam 4 petang sehingga habis.

Sebagai info, harga biasa seekor king crab saiz kira-kira 1-2 kg boleh mencecah antara RM250 hingga RM350, makanan laut ini mahal kerana ia agak rare dan musim tangkapannya terhad.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.