Sony Mengesahkan Sejumlah Besar Pekerja Di Bungie Telah Dibuang Kerja

TechnologyGaming
26 Jun 2026 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Mengesahkan Sejumlah Besar Pekerja Di Bungie Telah Dibuang Kerja

Sony hari ini telah mengesahkan bahawa sejumlah besar pembangun permainan yang bertanggungjawab untuk membina kandungan permainan komputer seperti Destiny 2 dan juga Marathon telah dibuang kerja hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Hermen Hulst, yang merupakan CEO Studio Business Group di Sony, yang mengatakan bahawa semua pekerja-pekerja yang dibuang kerja telah menerima emel berkenaan perkara tersebut pada hari ini.

Perkara ini dilihat tidak begitu mengejut jika anda mengikuti apa yang telah berlaku di Bungie sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini, Bungie telah mengumumkan pelbagai kandungan untuk Destiny 2 yang sepatutnya diperkenalkan sepanjang tahun ini, tetapi kemudiannya telah dibatalkan kerana kebanyakan pembangun-pembangun tersebut telah dipindahkan untuk menyiapkan permainan Marathon.

Image from: Sony Mengesahkan Sejumlah Besar Pekerja Di Bungie Telah Dibuang Kerja

Dalam pada itu, beberapa eksekutif tinggi di Bungie juga dilihat telah meninggalkan syarikat tersebut, dan ini mengeruhkan keadaan lagi untuk syarikat tersebut. Marathon juga dilihat tidak dapat mengekalkan jumlah pemain yang tinggi selepas pelancarannya, dan walaupun permainan tersebut telah dibaiki, jumlah permainan dilihat tidak pernah sama tara seperti Destiny 2, yang kini berada dalam tahun kesembilan operasinya.

Bungie telah mengesahkan bahawa tiada kandungan baru yang akan diperkenalkan untuk permainan tersebut lagi selepas kemaskini pada Jun 9, dan dengan pengumuman oleh pihak Sony tentang pembuangan kerja ini, ia sedikit sebanyak mengesahkan banyak ura-ura yang telah berkisar tentang syarikat tersebut. Walaupun begitu, perkhidmatan permainan Destiny 2 dilaporkan masih akan kekal aktif, walaupun tanpa sebarang kandungan baru.

Pihak Sony dan Bungie tidak mengesahkan berapa ramai pekerja yang telah dibuang, tetapi anggaran yang dibuat oleh pihak media dan analisa yang telah bercakap dengan para pekerja Bungie dikatakan setinggi 55 peratus.

Sumber: Sony Interactive, Bungie

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved