Valve Menukar Butiran Sokongan 4K60 Untuk Steam Machine Di Laman Web

TechnologyGaming
26 Jun 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Valve Menukar Butiran Sokongan 4K60 Untuk Steam Machine Di Laman Web

Jualan Steam Machine telah dibuka pada minggu ini, dan sejumlah besar ulasan berkenaan konsol permainan terbaru Valve tersebut telah mengatakan bahawa konsol tersebut terlalu mahal, dan beberapa tuntutan tentang kemampuan permainan tersebut hanyalah indah khabar dari rupa.

Salah satu daripadanya ialah kemampuan Steam Machine untuk memainkan permainan-permainan pada resolusi dan kadar segar semula 4K60FPS. Perkara ini telah diperlihatkan pada laman web Steam Machine untuk sekian lamanya, tetapi apabila diuji, ia dilihat bahawa banyak permainan-permainan moden sukar untuk dimainkan pada tetapan tersebut.

Image from: Valve Menukar Butiran Sokongan 4K60 Untuk Steam Machine Di Laman Web
(Kiri) Sebelum, (Kanan) Selepas

Malah, untuk permainan-permainan yang boleh digerakkan pada resolusi tersebut, tetapan grafik dan ciri olahan cahaya Ray-Tracing sukar untuk digunakan pada konsol tersebut.

Oleh kerana ini, Valve telah menukar tuntutan 4K60 tersebut kepada label yang mengatakan Steam Machine boleh memainkan permainan pada resolusi 4K dengan bantuan FSR 4.1 untuk memperlihatkan tuntutan prestasi yang lebih telus.

Walaupun dengan harga permulaan $1050, Steam Machine masih lagi dilihat sebagai sebuah konsol permainan yang dimahukan ramai orang, khususnya oleh mereka yang mahu memanfaatkan senarai permainan pada platform Steam mereka di ruang tamu.

Sumber: Steam Machine

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved