
Gelagat abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah menari pada majlis resepsi pasangan itu bersama Bella Astillah di Sabah mencuit hati netizen.Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Space Dollah dilihat ceria menari dengan iringan lagu Poco-Poco.Aksinya menikmati suasana majlis tanpa kekok menjadi perhatian pengguna media sosial yang terhibur dengan sikap bersahajanya.Menjengah ruangan komen, ramai menyifatkan Space Dollah sebagai seorang yang sporting dan benar-benar menikmati kemeriahan resepsi tersebut.“Aku laaa dia niii, dia bebetul have fun happy go lucky hahahahah.“Ini tarian terlebih gula ni,” komen beberapa netizen. Selain gelagat Space Dollah, ada pengguna turut memuji kemesraan keluarga Syed Saddiq yang disifatkan merendah diri dan mudah menyesuaikan diri dengan suasana majlis.“Sporting semua walaupun menari ikut kemahiran sendiri,” tulis pengguna lain.Untuk rekod, majlis resepsi Bella dan Syed Saddiq di Kota Kinabalu, Sabah berlangsung pada 31 Oktober lalu.Majlis tersebut menyusul selepas resepsi mereka di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Kenduri Rakyat di Muar, Johor. Sumber: ThreadsPasangan yang dikenali sebagai BASS itu sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.






