Ini Panduan Buat Mereka Yang Ingin Datang Ke Kenduri Rakyat BASS Di Sabah Hujung Minggu Ini

29 Oct 2026 • 5:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft BASS Sabah

Mesti ramai yang dah tak sabar mahu melihat gelagat pasangan sama cantik sama padan bersanding hujung minggu ini!

Buat orang Sabah mahupun peminat yang bercadang untuk memeriahkan majlis kenduri rakyat Syed Saddiq dan Bella Astillah, pihak Bella Astillah dilihat telah tampil berkongsi panduan penting mengenai laluan dan susun atur di sana bagi mengelakkan kekecohan.

Artikel berkaitan : “Saya sendiri, tuan empunya badan okey” – Bella Astillah Tak Marah Makcik Yang Cium Pipinya

Artikel berkaitan : Muhyiddin, Syed Saddiq Antara 13 Ahli Parlimen Tandatangani CSA Dengan Kerajaan

“Jangan berebut, datang awal”

Majlis kenduri rakyat ini bakal berlangsung di Padang Merdeka, di mana pelamin utama pasangan pengantin ditempatkan di satu bahagian yang dinamakan astaka.

Pihak penganjur turut menetapkan sistem pergerakan sehala di mana terdapat dua laluan khas untuk masuk, manakala laluan keluar diasingkan sepenuhnya supaya orang ramai tidak bertembung sesama sendiri.

Bagi waktu operasi pula, majlis dibuka secara rasmi bermula jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Pengunjung diingatkan bahawa walaupun hadir seawal jam 8:00 pagi, pintu pagar tetap hanya akan dibuka tepat jam 10:00 pagi.

Sementara itu, wanita tersebut menjelaskan pasangan pengantin dijangka tiba sekitar jam 12:30 tengah hari dan kekal sehingga majlis selesai.

Katanya, pengunjung digalakkan hadir lebih awal agar tidak terperangkap dalam kesesakan ketika ketibaan mempelai. Sebaik sahaja memasuki kawasan padang, tetamu perlu terus menuju ke deretan khemah pendaftaran.

Di sana, pendaftaran perlu dibuat menggunakan kod QR dan hanya mereka yang berjaya mendaftar sahaja berpeluang menerima cenderahati istimewa berupa beras, santan serta pelbagai barangan keperluan asas lain.

Wanita berkenaan turut berpesan agar para pengunjung sentiasa berbaris dengan tertib dan tidak berebut-rebut ketika melangkah masuk.

Sikap bertimbang rasa amat dituntut memandangkan majlis ini dijangka menerima kunjungan ramai warga emas serta anak-anak kecil demi keselamatan bersama.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved