Selain alternatif kepada gabungan SpaceX dengan xAI, ia kini dilaporkan Elon Musk turut mempertimbangkan untuk gabungan syarikat antara SpaceX dan juga Tesla. Langkah ini juga dilihat sebagai langkah Elon Musk untuk menyatukan pelbagai syarikat yang dimiliki dibawah satu entiti dan menguruskannya dengan lebih efisien.

Ia dikatakan beberapa pelabur sedia menekankan supaya SpaceX dan Tesla digabungkan. Pada masa yang sama, SpaceX sendiri sedang melihat untuk melakukan penyenaraian awam pada tahun ini, dan ingin bergabung dengan xAI sebelum itu dalam terus meningkatkan nilai syarikat.
Sebelum ini, Elon Musk pernah memperlihatkan beberapa senario gabungan antara syarikat, termasuk antaranya membina pusat data xAI di angkasa melalui kerjasama SpaceX. Disamping itu, dalam meneroka planet dan bulan, SpaceX turut dilihat boleh membawa robot Tesla dan menggunakannya dalam penerokaan. Tesla turut mempunyai kemahiran dalam simpanan tenaga yang akan sangat berguna untuk SpaceX di angkasa untuk pelbagai tujuan.
Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara ini.


