
Pada 5 November lalu, jenama teknologi global HONOR telah melancarkan telefon pintar HONOR X9c 5G yang menjadi bualan ramai gara-gara video yang viral.
Peranti terbaharu Siri X ini berjaya mencuri perhatian kerana mengetengahkan ‘Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh’ merangkumi kalis jatuhan, kalis air, dan kalis calar yang dipertingkatkan.

Beberapa penaiktarafan utama juga telah diumumkan, termasuk kapasiti bateri karbon silikon terbesar dalam industri, keupayaan Magic AI termaju, Paparan Mata Selesa flagship, dan ciri-ciri fotografi ultra-jelas dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) dipertingkatkan.
Semua penaiktarafan ini menjadikan HONOR X9c 5G lebih canggih dan hebat berbanding model dalam siri X9 sebelumnya.
Lebih memeranjatkan apabila harga yang diumumkan jauh lebih murah, tidak seperti jangkaan ramai. Sebagai telefon pintar yang berjaya mencipta penanda aras baharu untuk telefon pintar kelas pertengahan dalam pasaran, HONOR X9c 5G dijual pada harga RM1499 untuk storan 256GB dan RM1699 untuk storan 512GB.
Satu hal yang pasti, HONOR X9c 5G adalah telefon paling tahan lasak dan kental. Kenyataan ini bukan hanya bersandarkan kepada risalah jualan, tetapi HONOR berjaya membuktikan ketahanannya pada satu sesi ujian bersama pihak media pada pengujung Oktober lalu.
Berikut adalah teknologi dan spesifikasi yang anda mesti tahu tentang HONOR X9c 5G :
1. Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh
HONOR X9c 5G memperkenalkan Teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0, memberikan kelebihan kepada ciri kalis jatuhan yang hebat daripada ketinggian sehingga ke dua meter .
Teknologi ini menampilkan peningkatan 90 peratus dalam perlindungan bahan penyerap hentakan dan peningkatan 67 peratus dari segi keanjalan, menawarkan perlindungan yang diperhebatkan kepada komponen kritikal seperti papan induk dan modul kamera.
Peranti ini juga dilengkapi kaca waja dua lapisan super dan perisai perlindungan bagi memberikan perlindungan menyeluruh daripada calar, di samping rekaan lengkung Bézier unik untuk melindungi sudut telefon daripada impak.
HONOR X9c 5G dibina untuk bertahan daripada segala elemen, menawarkan perlindungan 360° daripada air dan debu dengan struktur kalis air tiga lapisan dan penarafan IP65M .
Penarafan 'M' ini menunjukkan keupayaan unik peranti ini dalam menahan dedahan air semasa bergerak, memastikannya boleh bertahan daripada percikan air dan berfungsi dengan lancar setelah direndam sehingga 5 minit pada kedalaman 25cm.
Dengan kawalan sentuhan tangan basah, pengguna masih boleh menggunakan HONOR X9c 5G dengan lancar, walaupun tangan basah atau berminyak, menjadikannya peranti ideal ketika mengembara, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kekuatan luar biasa ini melayakkan peranti ini menerima Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang SGS Yang Pertama Dalam Industri , satu bukti kepada komitmen HONOR bagi kualiti dan kebingkasan.
2. Bateri Karbon Silikon Ultra Besar 6,600mah Dengan HONOR SuperCharge 66W
Buat pertama kali, HONOR membawakan bateri karbon silikon 2.0 ke Siri X HONOR menerusi HONOR X9c 5G. Telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri karbon silikon 6600mAh yang terbesar dalam industri dan kemajuan luar biasa ini turut melayakkan HONOR X9c 5G menerima Label Bateri Emas 2025 daripada DXOMARK.
Dengan sekali cas, pengguna boleh menikmati aktiviti seharian tanpa gangguan, dengan penstriman muzik selama 48.4 jam dan 25.8 jam untuk main semula video dalam talian.
Tambahan pula, teknologi AI termaju membolehkan HONOR X9c 5G bertahan sehingga 50 minit untuk panggilan berterusan semasa tahap bateri mencapai hanya 2 peratus agar kesambungan yang penting dapat dijalankan.
Dengan pengecas berwayar 66W HONOR SuperCharge, peranti ini dapat mengecas dengan pantas untuk penggunaan lanjut, manakala Sistem Pengecasan Selamat AI menyediakan keselamatan dan pengurusan tenaga yang cekap agar pengguna tidak perlu risau setiap kali mereka mengecas telefon mereka.
3. HONOR Magic AI, Lebih Pintar Dan Pengalaman Pengguna Yang Lebih Baik
Dikuasakan oleh MagicOS 8.0 terkini berasaskan Android 14, HONOR X9c 5G memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan pintar dengan rangkaian ciri yang inovatif.
Peningkatan ini termasuk Magic Portal, AI Eraser, Magic Capsule, AI Blur Private Info, dan Parallel Space. Semua ciri ini direka bagi menyelaras dan melancarkan tugasan harian, serta menambah baik kefungsian secara keseluruhan.
AI Eraser contohnya membolehkan pengguna boleh membuang elemen yang tidak dikehendaki seperti pejalan kaki atau kenderaan daripada gambar, sama ada secara manual atau automatik, untuk gambar yang lebih bersih dan berkualiti seakan gambar profesional.
Manakala, Magic Capsule meningkatkan pengalaman pengguna dengan melebarkan notifikasi di bahagian atas skrin dengan satu sentuhan mudah, memberikan akses pantas ke maklumat tambahan tanpa perlu menukar aplikasi dan menyelaras interaksi bagi fungsi multitugas yang lebih lancar.
4. Paparan Keselesaan Mata Flagship Untuk Penghayatan Yang Optimum
HONOR X9c 5G menampilkan Paparan Keselesaan Mata OLED 6.78 inci, yang menyokong 1.07 bilion warna dan resolusi 1.5K, memberikan warna yang lebih terang serta butiran mengagumkan bagi pengalaman tontonan lebih imersif.
Dengan kadar segar semula 120Hz , paparan ini menyerlahkan pergerakan lancar dan tindak balas dipertingkatkan bagi fungsi antara muka yang lebih licin.
Tambahan pula, paparan tersebut memastikan pengalaman menonton lebih jelas dan nyata dengan kecerahan puncak HDR yang terutama dalam industri pada 4000 nits .
5. Kamera Pengesan Ultra 108MP
Bagi fotografi, kamera HONOR X9c 5G didatangi dengan penambahbaikan besar iaitu Kamera Pengesan Ultra 108MP berserta pengesan sebesar 1/1.67 inci untuk merakamkan butiran dan kecerahan luar biasa.

Penambahan Penstabilan Imej Optik (OIS) mengurangkan kekaburan, memastikan imej ultra jelas walaupun semasa dalam pergerakan. Ciri-ciri yang dikuasakan oleh AI seperti HONOR AI Motion Sensing dan AI Eraser memudahkan suntingan gambar secara terus pada peranti, menjadikannya lebih mudah untuk mencipta visual yang lebih mengagumkan.
6. Sistem Pembesar Suara Berkembar Serba Baharu
Sistem pembesar suara berkembar serba baharu, yang boleh menyiarkan bunyi lebih kuat sehingga 300% berbanding sebelumnya, seterusnya meningkatkan lagi kejelasan audio untuk pengalaman mendengar yang lebih imersif.
7. Rekaan Ultra Nipis
Mudah digenggam kerana HONOR X9c 5G menampilkan rekaan yang canggih dan ultra nipis. Dengan seberat hanya 189g dan ketebalan pada 7.98mm , peranti ini menampilkan kemasan titanium yang digabungkan dengan binaan ringan serta keanggunan bergaya.
HONOR X9c 5G tersedia dalam tiga warna menawan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my - Getaran, 23 November 2024
Foto : HONOR

