Spotify Mengatakan Pengaturcara Senior Mereka Tidak Menulis Sebarang Kod Sejak Disember 2025

TechnologyStartup
16 Feb 2026 • 7:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perkembangan arena kecerdasan buatan memberikan kesan terhadap pelbagai pekerjaan, dan salah satunya adalah untuk bidang pengaturcaraan. Kini, pelbagai pembangun dan pengaturcara menggunakan sokongan kecerdasan buatan atau apa dipanggil sempoicara dalam pembangunan projek, aplikasi mahupun web.

Menyentuh mengenainya juga, Spotify mengatakan pengaturcara senior di syarikat mereka telah tidak menulis kod sejak beberapa minggu kebelakangan ini, atau lebih tepat sejak Disember 2025 lepas. Dengan sokongan kecerdasan buatan, kini mereka hanya menjana kod yang diperlukan, dan memantaunya.

Ini sekaligus dilihat membawa kepada peluang baru untuk Spotify, membolehkan mereka menghasilkan lebih banyak perisian dan membangunkannya dengan pantas. Spotify menyatakan kini hadnya adalah dengan berapa selesakah pengguna dengan menerima perubahan dengan lebih kerap pada aplikasi atau perisian yang digunakan.

Selain Spotify, pelbagai syarikat lain turut menggunakannya dalam mempercepatkan pembangunan dan pengenalan produk baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved