Spotify kini secara rasmi mengumumkan bahawa ciri Daylist telah tersedia secara global untuk semua pengguna Spotify sama ada dalam versi percuma atau Premium. Sebelum ini, ciri Daylist ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris dan terhad kepada beberapa lokasi pasaran yang tertentu sahaja. Kemudian dikembangkan lagi ke 65 lagi negara pada bulan Mac. Kini Spotify telah menambah sokongan untuk 14 bahasa tambahan menjadikan Daylist boleh diakses oleh semua pasaran di mana Spotify berada.

Ciri ‘Daylist’ dalam aplikasi Spotify ini adalah ciri yang berfungsi secara automatik menghasilkan senarai main yang sesuai dengan minat dan kecenderungan genre dan bahasa dalam muzik yang diminati pengguna. Senarai Daylist diperbaharui setiap hari dan akan berubah mengikut kesesuaian pengguna.
Menerusi pengembangan dan tambah baik ciri ini, Spotify kini menyokong ciri Daylist dalam 14 bahasa baru termasuk Arab, Catalan, Perancis, Kanada, Jerman, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Poland, Portugis, Sepanyol, Mexico dan Turki. Spotify akan menggunakan kombinasi data lokasi dan pilihan muzik pengguna untuk menentukan bahasa yang akan digunakan dalam senarai Daylist.
Sebagai contohnya, jika anda berada di Malaysia dan gemar mendengar lagu-lagu daripada bahasa Jepun, maka Spotify akan menyenaraikan lagu-lagu dalam bahasa tersebut dalam senarai Daylist. Pengguna boleh mengakses senarai muzik dalam Daylist pada bahagian “Made For You” atau menerusi web di pautan ini.

