SPR mula kira undi pos, proses disiarkan secara langsung

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPR mula kira undi pos, proses disiarkan secara langsung
Proses tersebut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi SPR.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memulakan proses pengiraan undi pos Pilihan Raya Umum (PRU) Melaka ke-16, kira-kira jam 3 petang, Sabtu.

Proses tersebut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi suruhanjaya itu.

Siaran langsung berkenaan membolehkan orang ramai mengikuti proses pengiraan undi pos secara terus dan ia memberi gambaran mengenai perjalanan proses pengiraan undi yang sedang berlangsung.

Sebelum ini, sebanyak 8,569 kertas undi pos dikeluarkan SPR kepada individu yang layak mengundi bagi PRN Melaka ke-16.

Daripada jumlah itu, sebanyak 8,041 kertas undi pos dikeluarkan kepada petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera serta petugas media yang memohon di bawah Kategori 1A.

Sebanyak 433 kertas undi pos dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara bagi Kategori 1B manakala 95 lagi kepada pegawai bagi Kategori 1C dari agensi atau organisasi yang telah diluluskan oleh SPR dan tidak dapat hadir untuk mengundi kerana bertugas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved