SPRM Buka Siasatan Isu Kerugian UiTM Holdings, RM42 Juta Didakwa Dibayar Untuk Tujuan Lain

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 3:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah membuka beberapa kertas siasatan berkaitan isu yang mengakibatkan kerugian kepada UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2023.

Menurut laporan Harian Metro, antara perkara yang sedang disiasat ialah pembangunan projek solar 50MW di Gambang, Pahang, yang membabitkan bayaran berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun, siasatan masih berjalan dan setakat ini masih menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

RM42 juta didakwa dibayar untuk tujuan lain

Image from: SPRM Buka Siasatan Isu Kerugian UiTM Holdings, RM42 Juta Didakwa Dibayar Untuk Tujuan Lain

Sejumlah RM42 juta bagi projek solar 50MW di Gambang didakwa dibayar bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek solar tersebut.

Bayaran itu juga didakwa dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (BOD).

Siasatan dalam kes ini adalah membabitkan kompleksiti kes yang tinggi kerana terdapat beberapa perkara membabitkan aspek teknikal.

Bagi melengkapkan lagi proses penyiasatan, SPRM juga akan meneliti sekiranya terdapat isu-isu lain yang relevan termasuk kelemahan tatakelola sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, semalam.

SPRM juga mengesahkan sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan berhubung kes ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas dan adil.

Abd Halim turut berkata, ketegasan Perdana Menteri dalam usaha meneliti dan menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian kepada UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan perkara yang disambut baik.

Anwar Ibrahim mahu tadbir urus UiTM Holdings dinilai semula

Anwar Ibrahim

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata UiTM perlu membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur tadbir urus serta pengurusan UiTM Holdings berikutan prestasi kewangan syarikat berkenaan yang mencatatkan kerugian.

Menurut beliau, usaha itu perlu dilakukan dengan kerjasama Naib Canselor UiTM dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menangani isu kelemahan pengurusan dalam entiti perniagaan institusi berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pejabatnya dan JPM bersedia memberikan sokongan serta kepakaran yang diperlukan bagi memastikan urusan tersebut berjalan lancar.

Dalam perkembangan terkini, Anwar turut menegaskan bahawa kerugian syarikat semata-mata tidak bermaksud seseorang perlu dihukum, sebaliknya tindakan perlu berdasarkan penemuan berkaitan perkara seperti penipuan, salah guna kuasa atau penyelewengan.

Nota Oh! Media:
Siasatan masih berjalan dan sebarang kesimpulan perlu dibuat berdasarkan hasil siasatan serta proses undang-undang. Elakkan membuat tuduhan atau menghukum mana-mana pihak sebelum fakta dan penemuan rasmi diperoleh.

Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post SPRM Buka Siasatan Isu Kerugian UiTM Holdings, RM42 Juta Didakwa Dibayar Untuk Tujuan Lain appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved