SPRM siasat kerugian UiTM Holdings berkaitan pembayaran projek solar RM42 juta

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 5:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SPRM siasat kerugian UiTM Holdings berkaitan pembayaran projek solar RM42 juta Image from: SPRM siasat kerugian UiTM Holdings berkaitan pembayaran projek solar RM42 juta johardy27/09/2026 - 17:05

KUALA LUMPUR 27 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2023.

 

SPRM berkata, siasatan itu merangkumi pelbagai isu, termasuk pembangunan projek solar berkapasiti 50 megawatt di Gambang, Pahang.

 

Menurutnya, terdapat pembayaran RM42 juta bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek itu dan dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah.

 

“SPRM menegaskan bahawa siasatan masih berjalan berikutan kerumitan kes yang melibatkan aspek teknikal, selain menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

SPRM berkata, bagi melengkapkan siasatan, pihaknya juga akan meneliti sama ada terdapat isu lain yang berkaitan, termasuk kelemahan tadbir urus seperti yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

 

Suruhanjaya itu turut menyambut baik keprihatinan dan ketegasan Perdana Menteri dalam menangani kelemahan yang menyumbang kepada kerugian UiTM Holdings.

 

Siasatan di bawah Seksyen 23

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

Beliau berkata, SPRM akan berusaha menyelesaikannya secepat mungkin secara bebas dan adil.

 

Pada Sabtu, Anwar berkata Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu menilai semula secara menyeluruh struktur tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings susulan kerugian yang dialami anak syarikat universiti itu.

 

Perdana Menteri berkata, jika isu itu berpunca daripada kelemahan biasa, penambahbaikan atau penggantian pegawai perlu dilaksanakan seperti di agensi lain.

 

Namun, tindakan tegas mesti diambil sekiranya salah laku terbukti berlaku bagi memastikan tadbir urus yang baik ditegakkan dalam agensi Bumiputera. - Bernama

 

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved