SPRM Siasat Kes Kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 3:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SPRM Siasat Kes Kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2023.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan merangkumi pelbagai isu, termasuk pembangunan projek solar 50 megawatt di Gambang, Pahang, yang melibatkan pembayaran RM42 juta bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek itu dan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (BOD).

“SPRM menegaskan bahawa siasatan ini masih berjalan memandangkan kompleksiti kes yang melibatkan aspek teknikal serta menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Selain itu, bagi melengkapkan lagi proses penyiasatan, SPRM juga akan meneliti sekiranya terdapat isu-isu lain yang relevan, termasuk kelemahan tatakelola sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut menyambut baik keprihatinan serta ketegasan Perdana Menteri dalam usaha menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian UiTM Holdings.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan menegaskan SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas serta adil.

Semalam, Anwar berkata Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur tadbir urus serta pengurusan UiTM Holdings berikutan kerugian yang dialami anak syarikatnya itu.

Baca juga:

Perdana Menteri berkata sekiranya ia melibatkan kelemahan biasa, langkah penambahbaikan atau pertukaran pegawai perlu dilakukan seperti agensi lain, namun tindakan tegas mesti diambil jika terbukti wujud kecurangan demi memastikan tatakelola baik terpelihara dalam agensi Bumiputera.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved