SPRM siasat UiTM Holdings termasuk projek solar di Gambang

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 4:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM siasat UiTM Holdings termasuk projek solar di Gambang

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan berkaitan beberapa isu melibatkan kerugian yang dialami oleh UiTM Holdings Sdn Bhd pada tahun 2023.

Menerusi satu kenyataan SPRM berkata, siasatan tersebut merangkumi pelbagai isu termasuk pembangunan projek solar 50MW di Gambang, Pahang.

Jelas SPRM, sejumlah RM42 juta dilaporkan telah dibayar bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek solar tersebut serta dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (BOD).

“SPRM menegaskan bahawa siasatan ini masih berjalan memandangkan kompleksiti kes yang melibatkan aspek teknikal serta menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan,”kata kenyataan itu.

Pada masa sama SPRM berkata, bagi melengkapkan lagi proses penyiasatan,agensi itu juga akan meneliti sekiranya terdapat isu-isu lain yang relevan termasuk kelemahan tatakelola sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam.

Ini kerana kata SPRM, agensi itu menyambut baik keprihatinan serta ketegasan Perdana Menteri dalam usaha melihat dan menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian ke atas UiTM Holdings Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim bin Aman, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas dan adil. – KOSMO! ONLINE

The post SPRM siasat UiTM Holdings termasuk projek solar di Gambang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved