SPRM gagal lucut RM21 juta, jongkong emas Aman Palestin

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 2:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM gagal lucut RM21 juta, jongkong emas Aman Palestin

Image from: SPRM gagal lucut RM21 juta, jongkong emas Aman Palestin

SHAH ALAM – Permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak satu jongkong emas dan wang RM21 juta dalam 12 akaun bank milik Aman Palestin Sdn. Bhd. ditolak Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit serta hujahan kedua-dua pihak.

Menurut beliau, SPRM selaku pemohon sebelum ini memohon perintah pelucuthakkan akaun bank itu di bawah Subseksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti 2001 (Akta 613/ AMLA).

“Pemohon mendakwa dana derma yang dikutip bagi membantu rakyat Palestin itu diseleweng dan responden (Aman Palestin) memindahkan sejumlah wang besar kepada sebuah syarikat bagi pelaburan tunai, harta dan pembelian emas.

“Selain itu, pemohon berhujah bahawa jongkong emas yang dibeli responden merupakan hasil berkaitan kesalahan predikat iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tegasnya, SPRM gagal membuktikan wang dan jongkong emas berkenaan merupakan hasil perlakuan salah atau aktiviti haram.- KOSMO! ONLINE

The post SPRM gagal lucut RM21 juta, jongkong emas Aman Palestin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved