Terkejut Jumpa Emas Bernilai RM49 Juta Ketika Kerja Ubah Suai Bangunan

Business & FinanceProperty
18 Aug 2026 • 2:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Terkejut Jumpa Emas Bernilai RM49 Juta Ketika Kerja Ubah Suai Bangunan

Lapan pekerja binaan tidak menyangka kerja pengubahsuaian sebuah bangunan di Dendermonde, Belgium membawa kepada penemuan luar biasa apabila mereka menemukan syiling dan jongkong emas bernilai kira-kira 9 juta euro (RM49 juta).

Penemuan itu berlaku pada Selasa lalu ketika mereka menjalankan kerja pengubahsuaian sebuah bangunan di bandar berkenaan, kira-kira 30 kilometer barat laut Brussels.

Ketua Polis Daerah Dendermonde, Patrick Feys berkata, penemuan berkenaan berlaku apabila mata gerudi yang digunakan pekerja terbabit tersangkut sebelum terkena sebuah jongkong emas.

“Rupa-rupanya ketika kerja penggerudian dijalankan, mata gerudi tersangkut selepas terkena jongkong emas,” katanya kepada penyiar Belgium, VTM.

Menurut Feys, pekerja terbabit kemudian menghubungi pemilik hartanah sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Katanya, inventori teliti terhadap emas berkenaan dilakukan di balai polis dengan pemantauan kamera sebelum ia disimpan dan dimeteraikan bagi mengelakkan sebarang pertikaian pada masa hadapan.

Baca juga:

Gambar dikongsikan Polis Dendermonde di Facebook menunjukkan sebuah bekas logam dipenuhi syiling emas, manakala beberapa jongkong emas turut kelihatan tersusun di atas meja.

Sementara itu, siasatan polis sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana emas berkenaan boleh berada di bawah bangunan tersebut selain menentukan pihak yang mempunyai hak milik sah terhadap harta berkenaan.

Feys berkata, beliau berharap hasil penemuan itu kelak dapat digunakan untuk tujuan yang memberi manfaat kepada masyarakat, namun perkara tersebut bergantung kepada hasil siasatan serta proses perundangan.

Penemuan berkenaan turut dilaporkan Associated Press (AP).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved