SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah dari China

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 7:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah dari China
Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ke atas kontena yang disita.
Image from: SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah dari China
Antara kontena berisi ayam sejuk beku yang berjaya disita menerusi Op Chick oleh SPRM di Sabah.
Image from: SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah dari China
Kontena yang disita mengandungi ayam sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari China ke Sabah.

KOTA KINABALU - Satu sindiket pengimportan ayam sejuk beku secara tidak sah yang dipercayai merasuah pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di negeri ini berjaya dilumpuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, sebanyak 10 kontena berisi ayam sejuk beku dipercayai diimport dari China secara tidak sah disita menerusi operasi Op Chick yang dilaksanakan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi Selasa.

Berdasarkan siasatan awal, kontena berkenaan diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

**media[3612246]**

Susulan operasi tersebut, SPRM turut menahan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an yang berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat. 

SPRM juga kini sedang mengenal pasti individu-individu yang disyaki terlibat.

**media[3612245]**

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan operasi dan tangkapan tersebut.

"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan, esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved