SPRM selidik projek sawit RM70 juta Felda Palong 7

LocalPolitics
25 Aug 2026 • 12:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: SPRM selidik projek sawit RM70 juta Felda Palong 7

SPRM teliti maklumat program tanam semula sawit Felda Palong 7 bernilai RM70-RM80 juta susulan kebimbangan kualiti anak benih dibangkitkan PERBAGI.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti maklumat berkaitan pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7, Wilayah Raja Alias, Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan, termasuk persoalan berkaitan kualiti dan pematuhan spesifikasi anak benih yang dibekallkan.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan maklumat itu diterima daripada Pengerusi Pertubuhan Badan Bertindak Generasi Palong (PERBAGI) Mohd Syahrizal Md Yusuf yang membangkitkan persoalan dan kebimbangan berkaitan kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program berkenaan.

Menurut SPRM, antara perkara yang dibangkitkan termasuklah aspek pembekalan, penghantaran, penyimpanan, umur serta pematuhan spesifikasi anak benih sawit yang dibekalkan.

“SPRM mengambil maklum dakwaan dan kebimbangan yang dibangkitkan serta akan meneliti maklumat berkenaan bagi menentukan sama ada terdapat sebarang elemen yang mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengambil perhatian terhadap permohonan supaya aspek teknikal berkaitan kualiti dan pematuhan spesifikasi anak benih diperiksa oleh agensi teknikal berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil penelitian dan maklumat yang diperoleh,” menurut kenyataan itu.

Program tanam semula sawit itu dilaporkan akan memberikan manfaat kepada kira-kira 450 peneroka di kawasan berkenaan.

SPRM menegaskan bahawa penerimaan maklumat tidak bermaksud mana-mana pihak telah melakukan kesalahan dan perkara itu tidak wajar dianggap sebagai kesimpulan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan generasi baharu peneroka FELDA Palong 7 menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit yang dianggarkan bernilai antara RM70 juta hingga RM80 juta itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved