SPRM siap siasat isu baja Kedah, kata dua bakal dituduh

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 8:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: SPRM siap siasat isu baja Kedah, kata dua bakal dituduh

SPRM selesaikan siasatan kelewatan pembekalan Baja Padi 3 di Kedah; dua individu akan dituduh bawah Seksyen 18 Akta SPRM dalam masa terdekat.

PUTRAJAYA: Siasatan isu kelewatan pembekalan baja di Kedah yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai sepenuhnya, dengan dua individu akan dituduh dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pertuduhan berkenaan akan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM, iaitu berkaitan penyelewengan dan dokumen palsu.

“Penyiasatan SPRM terhadap masalah pengedaran baja di Kedah terhadap petani dan pesawah telah selesai.

“Kami akan merujuk kes itu kepada Peguam Negara, jika seandainya diberikan keizinan oleh Peguam Negara terhadap perakuan kami, mungkin minggu depan atau minggu lagi satu pertuduhan akan didaftarkan di mahkamah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2026 di sini hari ini.

Abd Halim bagaimanapun tidak mendedahkan siapa individu yang akan dituduh itu.

Pada 7 Sept, SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah, susulan aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos berhubung kelewatan pembekalan baja itu.

Kelewatan oleh pihak pembekal yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu telah menjejaskan keperluan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan 100,000 hektar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved